Setakat Februari ini, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM280.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, menurut Kementerian Pengangkutan.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Ia menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pencarian MH370 serta jumlah yang dibelanjakan sehingga kini bagi operasi pencarian pesawat malang itu.
BACA: Serpihan di Mozambique hampir pasti milik MH370 - Liow
BACA: MH370: Mesyuarat khas libat tiga negara dalam masa terdekat - Jailani
BACA: Keyakinan pelancong China ke M'sia kembali pulih selepas dua tahun insiden MH370 - MITA
Pesawat MAS itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.
Menjawab soalan Liang mengenai siasatan nahas pesawat MH17 serta usaha terkini kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap dalang yang menembak jatuh pesawat itu, kementerian itu menjelaskan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
"Siasatan dijangka berterusan sehingga pertengahan 2016. Usaha untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 adalah bergantung kepada hasil siasatan tersebut," menurutnya.
Menurut kementerian, Malaysia bersama-sama negara yang diwakili dalam JIT sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan iaitu pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT dan pendakwaan oleh suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.
"Bagi maksud keputusan antara kedua-dua opsyen itu, hasil siasatan jenayah perlu diperoleh terlebih dahulu kerana ia akan menjelaskan tempat pemastautin orang yang disyaki, kewarganegaraan dan tempat terbaik untuk mereka dibicarakan.
"Sebarang opsyen pendakwaan dan perbicaraan akan diputuskan kelak serta keupayaan memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh adalah tertakluk kepada adanya keterangan mencukupi yang boleh diterima mahkamah," katanya.
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban.
Bernama
Mon Mar 28 2016
![Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71438195412_950x600.jpg)
Dewan turut dimaklumkan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600606574_pesawatterjunam.jpg)
Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.
![MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370 MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481284099_950x600.jpg)
MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.
![Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524928273_tunM.jpg)
Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.
![Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518179319_Azharuddin.jpg)
Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.
![Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok? Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518077665_SeabedConstructor.jpg)
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
![Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460370424_AzharuddinAbdulRah.jpg)
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
![Bukan semua dron perlu kelulusan DCA Bukan semua dron perlu kelulusan DCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445911810_MIPP.jpg)
Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.
![Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507962622_KapalTerbang.jpg)
Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.
![Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507962622_KapalTerbang.jpg)
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).