Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berpegang kepada kepercayaaannya bahawa ada pihak tertentu yang mahu melihatnya terkorban dalam nahas pesawat ke Langkawi bagi menghadiri proses penamaan calon dan berkempen sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Presiden Pakatan Harapan itu berkata demikian susulan kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) yang menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan beliau dari Subang ke Langkawi pada Jumaat.
Mahathir berkata, sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) masih tidak boleh memastikan punca masalah yang dialami pesawat yang sepatutnya dinaikinya ke Langkawi pada Jumaat, sama ada ia disabotaj atau sebaliknya.
"Saya tidak tuduh DCA, saya cuma hendak nyatakan apa yang berlaku, yang diakui oleh DCA sendiri. DCA sendiri tahu bahawa pesawat itu tidak dapat terbang kerana kerosakan.
"Apakah ia disebabkan sabotaj atau pun tidak, tidak boleh ditentukan oleh DCA sebelum dia buat siasatan.
"Tetapi saya anggap perbuatan itu sengaja dibuat, kerana memang ada niat untuk menghalang saya daripada menjadi calon," katanya semasa berucap di sini pada Sabtu.
BACA: Penerbangan Awam nafi dakwaan Tun Mahathir pesawat disabotaj
BACA: 'Ada pihak mahu saya mati' - Dr Mahathir
Pengerusi CAMM Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam kenyataannya semalam berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan Vista Jet Limited itu tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.
Pada Jumaat, Mahathir mendakwa pesawat yang dinaikinya menuju ke Langkawi dirosakkan pihak tertentu.
Tegasnya, sebelum berlepas, juruterbang memaklumkan bahawa pesawat tersebut mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya benar ada unsur jenayah terhadap pesawat yang sepatutnya dinaiki Mahathir ke Langkawi pada Jumaat.
Katanya, pada masa ini polis masih menunggu laporan penuh hasil siasatan yang dijalankan DCA sebelum membuka sebarang kertas siasatan.
Mohamad Fuzi memberitahu, pihaknya bagaimanapun sedang mengumpulkan segala maklumat berhubung kejadian berkenaan sejurus kejadian berlaku.
Dalam perkembangan berasingan, Mahathir memberitahu, Pakatan Harapan akan membuat rayuan kepada mahkamah terhadap beberapa calonnya yang dikatakan tidak dapat menjadi calon pada PRU kali ini.
Terdahulu pada majlis pertemuan bersama kaum India, Mahathir berkata, kaum itu akan diberi peluang untuk bekerja di Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) seandainya mereka memenangi PRU14 kelak.
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 28 2018

MAHATHIR: Apakah ada sabotaj atau tidak, tidak boleh ditentukan oleh DCA sebelum siasatan dijalankan. - Astro AWANI / Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.

Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.

Penerbangan Awam nafi dakwaan Tun Mahathir pesawat disabotaj
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi semalam.