Ramai di kalangan waris dan ahli keluarga mangsa tragedi pesawat MH370 memilih untuk mencari jalan penyelesaian dengan berunding dengan Penerbangan Malaysia, MAS berbanding membawa kes tuntutan ke mahkamah.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata, ahli keluarga mangsa yang ingin membuat dakwaan ke mahkamah, masih boleh berbuat demikian selewat-lewatnya 8 Mac depan.
Menurut Liow, semua waris mangsa berhak untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan tuntutan di mahkamah atau berunding dengan MAS.
"Itu adalah hak mereka dan kita sudah umumkan kepada waris yang mereka hanya boleh memfailkan saman dalam tempoh dua tahun selepas insiden berlaku.
"Saya rasa kebanyakan mereka tidak akan memfailkan saman sebab ramai dari kalangan anggota keluarga sedang berunding dengan MAS bagi mendapatkan pampasan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak," katanya selepas merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini pada Jumaat.
BACA: Keluarga mangsa MH370 dari China saman Malaysian Airlines
VIDEO: Waris MH370 digesa perbaharui tuntutan sebelum 8 Mac
BACA: MH370: Usaha mencari dijangka disambung semula bergantung kepada cuaca - JACC
Semalam, lima sekeluarga memfailkan saman terhadap MAS dan lapan pihak lain bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM32 juta berhubung kematian seorang anggota keluarga mereka yang merupakan penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac 2014.
Berhubung pencarian pesawat MH370 yang masih dilaksanakan sehingga hari ini, Liow berkata tiada petunjuk terbaharu ditemui pasukan penyiasat yang sedang menjalankan misi pencarian di Lautan Hindi.
Menurutnya lagi, Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat Jun depan berhubung misi pencarian pesawat malang itu dan perkembangan misi pencarian akan terus dikemaskini di laman sesawang Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Sebelum ini, kebanyakan keluarga mangsa tragedi MH370 dilaporkan enggan menerima wang pendahuluan pampasan US$50,000 atau RM165,000 daripada MAS kerana masih menaruh harapan agar penumpang pesawat itu ditemui.
8 Mac ini genap dua tahun tragedi misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lalu, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa.
Astro Awani
Sat Feb 27 2016

8 Mac ini genap dua tahun tragedi misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.

Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.

MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.

Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.

Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.

Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.

Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.

Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.

Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).