KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brunei kini dalam proses rundingan bagi memuktamadkan sebarang perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) berhubung persempadanan darat kedua-dua negara yang meliputi jarak sepanjang 528.45 kilometer (km).
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
"Kedua-dua pihak sedang berusaha selesaikan isu persempadanan berpandukan garis masa yang telah dipersetujui iaitu selewat-lewatnya tahun 2034. Malaysia akan terus berunding dengan Indonesia dan Brunei melalui mekanisme dua hala sedia ada bagi memuktamadkan persempadanan darat dan maritim," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas) mengenai usaha kerajaan dalam menentukan garisan sempadan darat dan maritim di antara Malaysia, Brunei dan Indonesia pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, beliau berkata Malaysia telah menandatangani 33 perjanjian sempadan daratan dan sembilan perjanjian maritim berhubung sempadan Malaysia dengan negara-negara jiran setakat ini.
Mohamad berkata bagi Malaysia dan Indonesia, jarak sempadan yang telah dimuktamadkan adalah sepanjang 1,943.2 km iaitu 94.2 peratus daripada 2,064 km menerusi pemeteraian 22 perjanjian.
"...manakala, bagi persempadanan maritim yang terbaru, kedua-dua negara telah meterai perjanjian Selat Melaka dan perjanjian Laut Sulawesi pada 8 Jun 2023 di Putrajaya. Perjanjian ini akan dikuat kuasa dan dilaksana sepenuhnya setelah kedua-dua pihak menyempurnakan proses dalaman masing-masing," katanya.
Menjawab soalan tambahan Henry berhubung isu beratur panjang bagi keluar masuk kenderaan di sempadan Brunei dan Sabah, Mohamad berkata perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Brunei bagi membincangkan penyelesaian isu pengurusan imigresen dan jumlah tempat pemeriksaan (check point).
"Rundingan demi rundingan telah diadakan dan minggu depan, insya-Allah saya akan di Brunei untuk kita mengadakan mesyuarat pemeteraian perjanjian (exchange of letters).
"Baru-baru ini pihak pegawai kanan kerajaan Malaysia dan Brunei telah mengadakan rundingan supaya kita dapat mencapai kata sepakat untuk kita terus memastikan persefahaman kedua-dua negara," katanya.
Mohamad turut memaklumkan pihaknya sentiasa mengambil jalan berhati-hati melibatkan isu kedaulatan negara dan sebarang pemeteraian perjanjian persempadanan maritim atau daratan hanya akan dilaksanakan setelah mengambil kira semua perkara yang sensitif termasuk berkaitan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan. -Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.