Serbuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas pejabat portal berita Malaysiakini pada Selasa lalu, dibuat berdasarkan aduan diterima oleh suruhanjaya itu mengenai laporan berita portal berkenaan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata bersandarkan kepada aduan itu, SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan akan melihat dari segi kandungan dan proses siasatan masih berjalan dan saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai siasatan itu," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat , Khamis malam.
Beliau berkata jika siasatan itu menemui sebarang bukti yang boleh menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan, ia akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Seksyen 233 akta itu menyatakan mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian di mana seseorang itu memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, katanya.
Jailani berkata serbuan disertai PDRM itu juga bertujuan mengelak pertindihan siasatan kerana pihak polis juga boleh melakukan siasatan terhadap aduan berkaitan perkara tersebut di bawah Seksyen 233 itu.
Dalam pada itu, menjawab isu pengacara Ruang Bicara di Bernama News Channel (BNC) Datuk Dahlan Maamor yang tidak dibenarkan menjadi hos program tersebut baru-baru ini, beliau berkata keputusan dibuat oleh syarikat berkenaan sendiri.
Katanya tiada arahan oleh mana-mana pihak berkaitan keputusan itu seperti yang dilaporkan dalam portal berita.
"Keputusan itu bukan ikut arahan mana-mana, tidak atas suara lain mencampuri...keputusan itu, keputusan syarikat tersebut sendiri," katanya.
Jailani turut menjelaskan mengenai isu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang didakwa menghadiri program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Sydney, baru-baru ini.
Terdahulu semasa perbahasan, beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoal sama ada Jasa menaja kos membawa Arul Kanda untuk ke program tersebut.
"Kenapa perlu panik, Arul Kanda beri penerangan tentang 1MDB sedangkan anggota Parlimen pembangkang senang-senang buat fitnah (tentang 1MDB), kenapa Arul Kanda tidak boleh diberi peluang menjelaskan mengenai 1MDB?
"Untuk makluman, Arul Kanda pergi atas peribadi, Jasa tidak membayar kos, hanya kos makan dan minum, dia pergi atas urusan perniagaan sendiri," kata Jailani.
Persidangan dewan bersambung Isnin depan. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata bersandarkan kepada aduan itu, SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
[TERKINI] Kes buli UPNM: Perkembangan pendakwaan di mahkamah
Seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai 'spike boot'.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Niaga SPOTLIGHT: Costing The Silent Threat of Obesity
Non-communicable diseases (NCDs) in Malaysia are a growing burden on the health system, with a number of associated health issues and economic costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program 2TM: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam ke KLCC
PACU menasihati pengunjung merujuk aplikasi PULSE untuk hentian bas di sepanjang laluan untuk ke lokasi program itu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.