PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi supaya syarikat itu mendedahkan kepada umum maklumat terkini dapatan fakta (FFU) oleh Ernst Young Consulting Sdn Bhd mengenai kewangannya sementara menunggu rayuan selesai.
Serba Dinamik memohon penangguhan perintah itu sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Feb lepas yang mengarahkan syarikat minyak dan gas itu membuat pengumuman awam mengenai FFU oleh Ernst Young Consulting.
Ernst Young Consulting telah dilantik untuk menjalankan semakan bebas khas ke atas akaun kewangan Serba Dinamik untuk tempoh 12 bulan berakhir 31 Dis 2020, dalam masa dua hari pasaran.
Prosiding hari ini dijalankan secara maya di hadapan panel tiga hakim iaitu Datuk Lee Swee Seng, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Gunalan Muniandy.
Dalam keputusan sebulat suara, Lee, yang mengetuai panel hakim itu berkata mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan Serba Dinamik untuk penangguhan perintah kerana syarikat itu tidak menunjukkan sebarang keadaan istimewa atau luar biasa untuk diberikan perintah penangguhan itu.
Beliau berkata mahkamah berpuas hati bahawa rayuan itu tidak akan bercanggah sekiranya Serba Dinamik berjaya dalam rayuannya.
Lee berkata peraturan Bursa Malaysia Securities Berhad mengenai pendedahan mengikat Serba Dinamik dan pemegang saham berhak mengetahui apa yang telah berlaku.
“Bursa tidak meminta pemohon (Serba Dinamik) bersetuju dengan kandungan laporan EY (Ernst Young Consulting) dan pemohon mempunyai kebebasan untuk tidak bersetuju dengan laporan itu dan memaklumkan Bursa dalam pengumuman itu,” katanya sambil menambah bahawa ia adalah untuk orang ramai menilai.
Mahkamah memerintahkan Serba Dinamik membayar kos RM15,000 kepada Bursa.
Pengawal selia dan pengendali bursa pada 23 Nov 2021 memulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik selepas syarikat itu gagal mematuhi arahan Bursa bertarikh 22 Okt 2021 yang memerlukan syarikat itu mendedahkan penemuan penting FFU yang dibuat oleh Ernst Young Consulting.
Serba Dinamik juga telah memfailkan tindakan terhadap Bursa dan Ernst Young Consulting, dalam usaha untuk menghalang mereka daripada mendedahkan FFU dan perkara berkaitan yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi lain.
Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Serba Dinamik untuk penangguhan perintah Mahkamah Tinggi supaya syarikat itu membuat pengumuman awam mengenai FFU.
Peguam Mah Lin Kum mewakili Serba Dinamik manakala peguam Datuk Loh Siew Cheang mewakili Bursa. Peguam Ng Jack Meng bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Bernama
Mon Apr 11 2022
Mahkamah mendapati Serba Dinamik tidak mempunyai kedudukan istimewa atau luar biasa untuk penangguhan perintah mahkamah.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Mahkamah Rayuan ketepi kebenaran diperoleh Maria Chin untuk cabar notis tunjuk sebab
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Petaling Maria Chin Abdullah memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis tunjuk sebab dikeluark
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
Mahkamah kekal keputusan bersalah ke atas bekas Presiden Argentina
Kircher, yang berdepan tuduhan rasuah, didapati bersalah menipu kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.