TELUK INTAN: Seorang lelaki ditemui maut dengan keadaan tangan kanan hampir putus, manakala dua rakannya parah dalam pergaduhan di Tapak Pembinaan Perumahan Taman Desa Maju, Langkap di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berumur 29 tahun sedang minum bersama tiga rakan sebelum dihampiri sekumpulan lapan lelaki menaiki dua kereta yang menyerang mereka.
"Mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri namun suspek mengejar mereka menggunakan parang.
"Mangsa kemudian melarikan diri seorang diri ke dalam kawasan belukar berhampiran tapak perumahan berdekatan dan dipercayai telah ditetak di dalam kawasan semak tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian ditemui orang awam kira-kira 9 jam malam dengan lengan kanan hampir putus dan berlumuran darah di kawasan semak berhampiran lokasi pergaduhan.
Ahmad Adnan berkata, dua lagi rakan mangsa berumur 19 dan 25 tahun turut mengalami kecederaan dengan seorang putus tiga jari tangan kiri manakala seorang lagi cedera pada lengan kanan.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera parah akibat ditetak suspek telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.
"Seorang lagi rakan mangsa yang berumur 32 tahun tidak cedera melaporkan lima lelaki yang terlibat menyerang mereka adalah individu dikenali manakala tiga lagi tidak dikenali," katanya.
Ahmad Adnan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil menghubungi polis di talian 05-6299 222 (ASP Hamzanni).
Katanya siasatan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Amirrul Rabbani
Fri May 14 2021

Mangsa berumur 29 tahun sedang minum bersama tiga rakan sebelum dihampiri sekumpulan lapan lelaki. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.

Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng
Polis menahan lima lelaki hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.

17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.

Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.

Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.

Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.

Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.