MAKKAH: Seorang jemaah haji berusia 57 tahun meninggal dunia di sini pada 11.50 malam, 4 Jun lepas akibat kegagalan jantung.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, wanita berasal dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di sini.
"Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, Makkah," katanya dalam sidang media perkembangan operasi haji di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah, di sini.
Beliau berkata, pihak kaunselor TH telah melawat suami Allahyarham yang juga berada di Makkah untuk menunaikan haji, selain TH akan menguruskan badal haji untuk Allahyarham.
Selain itu, Syed Saleh berkata, ketika ini, 37 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah manakala 10 lagi di Hospital Arab Saudi kerana mengalami masalah pernafasan dan jantung, jangkitan paru-paru, gangguan emosi, sakit kulit, sakit otot dan sendi.
Beliau turut memaklumkan sebanyak 22,800 atau hampir 72 peratus daripada 31,600 jemaah haji negara telah berada di Makkah sehingga hari ini.
Dalam perkembangan lain, Malaysia menjadi negara pertama yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di bangunan penginapan jemaah haji.
Syed Saleh yang merasmikan ATM Alinma Bank di Abraj Janadriyyah, di sini, berkata, ia bakal memberikan kemudahan kepada 8,000 jemaah haji Malaysia di bangunan itu dan lokasi sekitar.
Beliau berkata, perkhidmatan kali pertama disediakan hasil rundingan TH dengan Alinma Bank dan Saudi Central Bank itu bagi memudahkan jemaah haji membuat pengeluaran wang tanpa perlu berjalan jauh mencari mesin ATM di kawasan lain.
Katanya, TH akan meneruskan usaha bagi membolehkan perkhidmatan itu disediakan di bangunan-bangunan penginapan lain untuk kemudahan jemaah haji negara.
Menurutnya, TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga telah bersetuju untuk setiap transaksi, fi ditanggung BIMB bagi semua jemaah haji Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, wanita berasal dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji, \di Makkkah akibat kegagalan jantung. - Gambar fail
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
Seorang jemaah haji meninggal dunia di Makkah
Wanita berusia 57 tahun dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji, Makkah akibat kegagalan jantung.