Seorang senator hari ini mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan golongan gelandangan menyertai aktiviti menangkap tikus.
Senator Datuk Shahanim Mohamad Yussoff mencadangkan DBKL mengadakan kempen sekali sebulan menangkap tikus dengan menawarkan RM3 seekor yang ditangkap kerana didapati saiz haiwan itu besar.
Beliau membuat cadangan itu ketika bangun mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara.
Shahanim berkata, "Kalau boleh, hebahkan kepada orang ramai mengenai kempen ini dan lokasi tangkapan tikus ini hanya terhad di kawasan tertentu dalam tempoh tertentu sahaja.
"Contohnya buat pada waktu 10 malam hingga 2 pagi dan kalau tangkap di Pasar Pudu, hendaklah serahkan di sana juga untuk dapatkan bayaran, tidaklah nanti ada orang bela (tikus) dan dibawa dari tempat lain untuk dijual di situ," katanya.
Sebagai respons, Loga Bala berkata kementeriannya menyambut baik dan akan mempertimbangkan cadangan itu, sebagai salah satu inisiatif gelandangan meraih pendapatan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan semata-mata.
Katanya, DBKL telah menganjurkan Kempen "1 Tikus 1 Ringgit" sejak 2008 dengan menyasarkan 50,000 tikus ditangkap dalam tempoh sehari namun tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
"Kami memang sentiasa berusaha untuk membantu golongan gelandangan mendapatkan pendapatan sendiri dengan menganjurkan pelbagai program tetapi malangnya sikap dan tahap pemikiran golongan gelandangan berbeza dengan masyarakat biasa," katanya.
Loga Bala berkata, "Kita telah cuba meletakkan golongan ini untuk bekerja dengan pihak-pihak tertentu namun ada yang kerja dua atau tiga hari kemudian menghilang dan enggan bekerja lagi.
"Setakat ini, masih tiada kejayaan dalam projek (membantu gelandangan) ini kerana mereka biasanya (gelandangan) tidak pentingkan kemajuan diri, ''mindset'' mereka berbeza, asalkan dapat makan dan tidur yang cukup sudah memadai," katanya.
Sementara itu, Loga Bala berkata kempen menangkap tikus di sekitar Kuala Lumpur akan diteruskan dan harga tangkapan bagi seekor tikus akan dinaikkan berbanding RM1 seekor ketika ini. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
DBKL telah menganjurkan Kempen '1 Tikus 1 Ringgit' sejak 2008 dengan menyasarkan 50,000 tikus ditangkap dalam tempoh sehari namun tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. - Gambar fail
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.