JOHOR BAHRU:Seorang suri rumah, Noorfadzillah Daud tidak kisah membantu rakannya yang tidak 'menang tangan', menjagakan kucing jalanan milik rakannya itu kerana beliau sendiri memang sukakan haiwan comel itu.
Menurut Noorfadzillah, 48, pada mulanya rakannya berusia 40-an itu meminta bantuannya untuk menjagakan seekor kucing yang sedang bunting dan berada di klinik kerana patah kaki akibat digilis kereta tiga bulan lepas dan menanggung segala perbelanjaan untuk kucing berkenaan termasuk makanan dan ubat.
"Dari situ mendorong saya untuk membantu menjaga kucing jalanan milik rakan yang kini mencecah 10 ekor dalam jagaan saya termasuk anak kucing betina terbabit serta seekor kucing Parsi betina," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rahmat di sini baru-baru ini.
Beliau berkata rakannya itu buntu untuk membela kucing-kucing jalanan yang ditemui kerana tiada ruang untuk membela haiwan tersebut kerana tinggal di kawasan kondominium di Tampoi di sini.
"Kawan saya pernah menyewa seunit rumah di kondominum sama, semata-mata hanya untuk menempatkan kucing-kucing jalanan atau terbiar. Kali ini, dia cakap dia sudah tidak 'menang tangan' membela kucing jalanan kerana sedang membela 20 ekor kucing di rumahnya dan terus bertanyakan kepada saya, sama ada mampu menjaga," katanya.
Noorfadzillah berkata kesemua lapan 'si comel' jantan dan dua betina itu yang turut diuruskan bersama suami Awang Sebawi Awang Halil, 55, dan anak bongsu, Awang Zulhilmi, 14, diberi makanan berzat, dimandikan, diperiksa daripada jangkitan fungus atau kutu selain sangkarnya dibersihkan daripada najis setiap hari.
Beliau berkata kesemua kucing itu memerlukan sekurang-kurangnya 14 kilogram makanan kucing (kibble) dan 60 kilogram pasir kucing setiap bulan dan segala kos penjagaan haiwan itu termasuk ubat-ubatan, sangkar dan aksesori ditanggung sepenuhnya oleh rakannya.
"Suami rakan ada menjenguk kucing-kucing berkenaan dua minggu sekali, saya sangat sayang kesemua kucing-kucing ini, timbul rasa kasihan jika kucing ini dilepaskan semula ke jalanan," katanya yang turut memelihara tiga ekor kucing sendiri dan haiwan lain seperti ayam, arnab dan ikan emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 27 2020
![Semuanya bermula dengan seekor kucing bunting patah kaki digilis kereta Semuanya bermula dengan seekor kucing bunting patah kaki digilis kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61609060063_TBCATCOVIDx.jpg)
Noorfadzillah berkata kesemua kucing itu memerlukan sekurang-kurangnya 14 kilogram makanan kucing dan 60 kilogram pasir kucing setiap bulan. -Gambar hiasan
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738920794_generic.jpg)
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
![Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736676586_SumbatKucingdalam.jpg)
Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.
![Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736676586_SumbatKucingdalam.jpg)
Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.
!['Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan 'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735296223_TBRAJESH.jpg)
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
![Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734505703_tbkucingmatiUM.jpg)
Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.
![Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
![Polis terima laporan kes kucing diseret Polis terima laporan kes kucing diseret](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732374409_tbKucingtarik.jpg)
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.
![Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723191614_KucingTergantung.jpg)
Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.
![Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen' Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716168670_tbOrangeCatsGather.jpg)
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
![Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature' Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716075517_TBMax.jpg)
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.