MELAKA: Semua urusan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan menerusi aplikasi MyJPJ, termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2025.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata sasaran berkenaan, selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut, namun ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ.
Beliau berkata setakat ini hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit.
"Sekarang ini kita masih dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu.
"Kita tidak mahu nanti bila kita lancarkan atau buka urusan berkenaan dalam aplikasi tersebut kepada orang awam, sistem berkenaan akan bermasalah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata proses interim berkenaan memberi peluang kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ sama ada menerusi aplikasi MyJPJ atau berurusan di kaunter perkhimatan JPJ.
Dalam perkembangan lain, katanya semua anggota JPJ sentiasa didedahkan pelbagai latihan dan kemahiran tempur serta persenjataan dari semasa ke semasa, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi mereka ketika menjalankan tugas khususnya operasi penguatkuasaan.
Rospiagos berkata kesiapsiagaan berkenaan juga penting, bagi memastikan anggota dan pegawai terlibat dalam sebarang operasi penguatkuasaan sentiasa selamat dan terhindar daripada sebarang kemalangan atau kekerasan melibatkan orang awam.
"Kita juga bukan sewenang-wenangnya hendak menggunakan kekerasan ketika menjalankan operasi, namun kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah JPJ, bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, beliau berkata sebanyak 128 pelatih terdiri daripada 11 Pegawai Penguatkuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (31 orang), Penolong Jurutera JA29 (seorang), Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (81 orang) dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (empat orang), berjaya menamatkan latihan kursus asas selama tiga bulan bermula 3 Julai lepas sebelum ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara.
Rospiagos berkata kursus berkenaan, bertujuan meningkatkan tahap kompetensi pegawai penguatkuasa meliputi lima elemen utama yang dikenali sebagai ASKAR iaitu sikap (Attitude), kemahiran (Skill), pengetahuan (Knowledge), ketangkasan (Agile) dan ketahanan (Resilient), dalam melaksanakan tugasan dengan berkualiti dan profesional sepanjang perkhidmatan.
"Mereka juga didedahkan dengan pelbagai modul latihan termasuk modul perkhidmatan teras jabatan iaitu pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, penguatkuasaan dan undang-undang dan kejuruteraan automotif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Setakat ini, hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi MyJPJ, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit. - Gambar fail/BERNAMA

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

JPJ buat pembetulan serta-merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan 'bukan warganegara Malaysia adalah t

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

MyJPJ rekod lebih RM28 juta transaksi dalam tempoh sebulan
JPJ merekodkan kutipan lebih RM28 juta menerusi aplikasi MyJPJ bulan lepas iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.

Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.

JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Orang awam boleh kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital bermula hari ini - Loke
Orang awam kini boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan aplikasi MyJPJ.

Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.

Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal
Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.

JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ
Antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.