KUCHING: Kerajaan Pusat akan menilai semua tuntutan yang dibawa oleh Sarawak terutamanya yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan adil.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberi jaminan bahawa hak-hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Tegasnya, komitmen itu telah dizahirkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi penubuhan portfolio khusus di bawah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta penubuhan Majlis Khas mengenai MA63.
“Pada masa ini, Majlis Khas MA63 sedang meneliti perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak Sarawak, dengan beberapa kemajuan yang telah dicapai.
“Kerajaan PN mahu menambah baik hubungan persekutuan-negeri dengan bersandarkan pada asas lebih kukuh melalui pendekatan saling menghormati dan memahami,” katanya dalam ucapan pada Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin, beberapa kemajuan yang telah dicapai melalui peranan tiga jawatankuasa kerja yang mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada majlis khas MA63.
Katanya, ini dilakukan selaras dengan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, pembangunan industri dan pasaran eksport di Sarawak dijangka terus berkembang pesat secara berperingkat.
Ujar beliau, peningkatan positif dalam industri itu dapat dicapai dengan kerjasama erat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerajaan negeri.
Selain itu, kerajaan juga merumuskan pelan 10 tahun bagi memastikan negara ini mencapai wawasan kemakmuran bersama.
Katanya, sebagai permulaan pelan itu berusaha untuk memastikan setiap negeri di Malaysia fokus dalam membangunkan ekonomi pasca COVID-19.
"Komitmen Kerajaan Pusat terhadap usaha ini adalah total supaya tiada kepincangan yang ketara antara satu wilayah dengan wilayah lain atau antara bandar dan luar bandar," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan atas komitmen Muhyiddin memperjuangkan hak Sarawak.
Katanya, ia termasuk isu berkaitan petroleum serta gas selain penubuhan portfolio khas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Thu Apr 01 2021
Muhyiddin bergambar ketika hadir pada Majlis Balai Rakyat (Town Hall) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. - Foto Bernama
MS umum pengganti Bryan tidak lama lagi - Andy
Persekutuan Renang Malaysia (MS) sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.