KOTA BHARU: Seorang peniaga sate hanya sempat bergelar suami selama 18 hari sebelum maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Damar, Kuala Krai pada Rabu.
Mangsa, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 21, maut akibat tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian jam 4.15 petang.
Menurut isterinya, Nur Aishah Mat Hassan, pada hari kejadian, nalurinya berasa tidak sedap hati selepas arwah menghantarnya ke tempat kerja sekali gus memberi petanda kehilangan insan dicintai buat selama-lamanya.
“Saya yang beriya-iya meminta arwah menghantar saya ke pejabat di Machang selepas dia pulang dari berniaga sate.
“Sepanjang berada di tempat kerja saya tidak tenteram dan berasa berdebar-debar selain tidak dapat menghubungi suami sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga memaklumkan polis datang meminta melakukan pengecaman mayat mangsa kemalangan di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pasangan pengantin itu baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu.
Mengulas lanjut Nur Aishah berkata, arwah suaminya sepatutnya ke rumah saudara di Kampung Pahi, Kuala Krai untuk berjumpa dengan adiknya yang akan berangkat ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun katanya, adik arwah menghubunginya dan memaklumkan Allahyarham Mohamad Norhakim belum sampai walaupun selepas sejam menunggu.
Nur Aishah menjelaskan, dia kemudian menghubungi telefon bimbit suaminya berkali-kali dan menghantar mesej melalui WhatsApp, namun tidak berbalas sehinggalah menerima panggilan telefon daripada keluarganya berhubung urusan pengecaman mayat arwah daripada pihak polis.
Akhbar pada Rabu melaporkan, Mohamad Norhakim yang memandu dari arah Kota Bharu menuju ke Gua Musang secara tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres.
Bas ekspres yang membawa 17 penumpang itu datang dari arah Gua Musang ke Kota Bharu kemudian bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu seorang wanita berusia 40 tahun yang ketika itu berada di belakang kereta dipandu mangsa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 01 2022

Gambar kenangan perkahwinan Nur Aishah (kanan) dan Mohamad Norhakim yang maut dalam nahas di KM71 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Damar, Kuala Krai pada Rabu. - Foto ihsan waris

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua beranak peniaga sate maut, sampel darah pemandu diambil
Polis telah mengambil sampel darah pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan, yang mengorbankan dua beranak di Tebuk Rimba, Simpang 4, Semanggol, pada Ahad.

2 beranak peniaga sate maut lori bertembung
Dua beranak peniaga sate maut selepas lori yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba Simpang 4, Semanggol, malam ini.

Sempat bergelar suami 18 hari sebelum maut
Mangsa yang memandu dari arah Kota Bharu menuju ke Gua Musang secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas ekspres.