BAGAN SERAI: Polis telah mengambil sampel darah pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan, yang mengorbankan dua beranak di Tebuk Rimba, Simpang 4, Semanggol, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, ujian akan dilakukan bagi mendapatkan kesahihan lelaki berusia 28 tahun itu tidak mabuk ketika kejadian.
Menurutnya, walaupun dari keterangan pegawai penyiasat, tiada gejala mabuk, namun darah pemandu telah diambil untuk analisa kimia bagi memastikan ada atau tidak kehadiran alkohol.
“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian, pemandu terbabit yang bekerja sebagai doktor di Hospital Taiping dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Toyota Yaris dipandu secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dinaiki dua beranak berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, pemandu berkenaan mengalami luka di dada, tangan dan kaki kanan dan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.
"Sementara pemandu lori berusia 37 tahun dan ibunya berusia 64 tahun yang merupakan peniaga sate meninggal dunia di lokasi kejadian," ujarnya.
Juna berkata, polis masih menjalankan siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, media melaporkan, kejadian sekitar jam 7.30 malam di Kilometer 93.5 Jalan Ipoh-Butterworth itu mengorbankan Shahren Ismail, 37, dan ibunya Zainab Alias, 64.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 09 2023
![Dua beranak peniaga sate maut, sampel darah pemandu diambil Dua beranak peniaga sate maut, sampel darah pemandu diambil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673191323_Duaberanakmautlo.jpg)
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam Ahad di Kilometer 93.5 Jalan Ipoh-Butterworth itu mengorbankan Shahren Ismail, 37, dan ibunya Zainab Alias, 64. Foto JBPM
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737787759_insiden.jpg)
Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.
![“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam “Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731106742_SitiZulailaZulkifl.jpg)
“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam
Dakwaan Siti Zulaila seorang janda menghiris perasaan suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi dan keluarga.
![Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730978775_Duaberanakmautdit.jpg)
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
![Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730978775_Duaberanakmautdit.jpg)
Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.
![Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725184580_TBmaut.jpg)
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
![Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716874072_duaberanakmautmo.jpg)
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
![Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703050817_TBduaberanakmaut.jpg)
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
![Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691920722_Duaberanakmautte.jpg)
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
![Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689904906_TBKemalangan.jpg)
Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli
Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.
![Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888596_Duaberanakmauten.jpg)
Hasrat pulang beraya tak kesampaian, 2 beranak maut dalam kemalangan
Hasrat dua beranak untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM28 Jalan Terengganu-Kuantan.