KUALA LUMPUR: SELEPAS lebih dua tahun ditutup kerana peraturan sekatan COVID-19, sempadan Rusia kini terbuka untuk dilawati pelancong asing termasuk dari Malaysia.
Ia ditutup sejak sekian lama selepas kes COVID-19 meningkat mendadak sehingga kemuncaknya ia menjadi negara kedua di dunia catat kes tertinggi selepas Amerika Syarikat pada 2019.
Berita gembira itu diumumkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook (FB) rasmi Persekutuan Rusia di Malaysia, semalam.
Antara lain, status itu memaklumkan, soal kelonggaran larangan kemasukan semula pelancong Malaysia ke negara itu sudah dipersetujui dan prosedur memproses visa pelancong sudah bermula sejak bulan lepas.
Tambah status berkenaan, perkembangan terbaharu itu adalah selaras dengan pindaan yang dibuat pada 14 April 2022 terhadap Dekri Kerajaan Persekutuan Rusia Perkara 635-r bahawa ia tidak lagi mengenakan larangan masuk kepada warga antarabangsa.
"Dengan peraturan baharu itu, kedutaan meneruskan semula pemberian semua jenis visa buat rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat ke negara berkenaan,'' kata kenyataan itu lagi.
Laman FB itu turut menarik perhatian bahawa sehingga kini, tidak semua negara di dunia dibenarkan melawat Rusia, sebaliknya, tetap tertakluk kepada dekri di bawah Perkara 635-r.
Sementara itu, jurucakap di kedutaan Rusia di Malaysia memberitahu, disebabkan tidak lagi tertakluk kepada beberapa sekatan pergerakan berikutan COVID-19, urusan dan prosedur untuk memproses visa pelancong boleh dibuat sama ada menerusi janji temu atau secara 'walk-in'.
Sebelum ini, selepas dibenarkan masuk ke Rusia pada Oktober lepas, proses mendapatkan visa khususnya bagi pelajar Malaysia dibuat secara janji temu di mana pelajar perlu menghubungi kedutaan atau mengirim e-mel kepada konsul untuk mendapatkan tarikh janji temu seterusnya memohon visa kemasukan ke negara itu.
Peraturan itu, bagaimanapun, tidak terpakai kepada mereka yang memohon visa pelancong memandangkan negara sudah beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.
"Bagaimanapun, pelancong yang mahu memohon visa untuk masuk ke Rusia dinasihat berhubung dengan petugas di kedutaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan masing-masing," kata jurucakap itu.
Sementara itu, berita berkenaan ternyata menggembirakan rakyat Malaysia yang sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Rusia.
Antaranya, seorang ibu, Noraini Mohamad, yang mengakui tidak sabar untuk ke Volgograd, Rusia bagi berjumpa anaknya, Nur Anis Emilia Mohd Shukry, pelajar Tahun Tiga jurusan Perubatan di Volgograd State Medical University (VSMU).
"Semasa anak saya mula belajar di Rusia, saya tidak berkesempatan datang bersama-sama untuk melihatnya mendaftar, jadi apabila berita ini diterima, ia masa yang dinanti-nantikan untuk saya dan keluarga untuk ke sana.
"Kami akan melawatnya hujung bulan depan, sempena acara white-coat ceremony (WCC) apabila anak saya akan beralih ke clinical years, memasuki tahun keempat,'' katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, beberapa program turut dirancang kedutaan Malaysia di Rusia pada bulan Julai ini selepas sempadan negara itu dibuka semula untuk pelancong.
Antaranya, majlis graduasi pelajar Malaysia yang turut dijangka akan dihadiri dan disertai beberapa kumpulan ibu bapa.
"Sebelum ini ramai ibu bapa yang teragak-agak untuk datang dan memeriahkan majlis graduasi pelajar itu, tetapi dengan pengumuman terbaharu itu, saya percaya ramai ibu bapa tidak sabar untuk ke Rusia dan acaranya tentu akan menjadi lebih meriah nanti.
"Begitu juga, satu majlis pelancaran buku berjudul "Senandika Cinta & Korona di Rusia" tulisan pelajar Malaysia, jurusan Perubatan di VSMU, Ahmad Ashraff Haiqal akan diadakan di premis kedutaan pada hari sama majlis graduasi itu nanti.
"Jadi, saya menjangkakan, ramai dari Malaysia akan datang menyaksikan acara itu nanti,'' kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia ke Rusia, Johan Ariff Abdul Razak.
Menurutnya, majlis graduasi pelajar dan pelancaran buku itu akan disempurnakan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Bala Chandran.
Berikutan kes COVID-19 yang tinggi, Rusia menutup sempadannya kepada kemasukan asing bermula Mei 2020 dan hanya membukanya secara berperingkat pada pertengahan tahun 2021.
Walaupun kes di Rusia secara relatifnya menurun sejak akhir-akhir ini, negara itu pernah mencatatkan kes positif kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat pada April 2020.
Untuk rekod, Rusia sehingga kini mencatatkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 18 juta dengan melebihi 300,000 angka korban.
Pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya Ukraine pada 24 Februari lepas mengundang kemarahan negara dunia sekali gus mengakibatkan beberapa siri sekatan selain membuatkan orang ramai menjauhi negara bekas Soviet itu.
Dr Azlinariah Abdullah
Tue May 24 2022
Rusia mula membuka sempadan negaranya kepada pelancong Malaysia bulan lepas dan ia menggembirakan mereka yang berhasrat untuk ke negara itu bagi menjalankan pelbagai urusan dalam waktu terdekat. - Gambar Astro AWANI
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Korea Utara hantar 10,000 tentera untuk berlatih di Rusia - Pentagon
Pentagon mendakwa, jumlah tersebut lebih tiga kali ganda daripada anggaran sebelumnya ketika NATO beri amaran mengenai bahaya perang Ukraine - Rusia yang berpotensi meluas.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.