Sembilan daripada 10 pekerja Malaysia tidak mahu kembali semula kepada situasi bekerja secara 'normal', demikian menurut dapatan kaji selidik oleh Skillsoft, penyedia global utama bagi penyelesaian pembelajaran digital, latihan dan tenaga kerja bagi membantu organisasi memanfaatkan kelebihan mereka.
Berdasarkan kepada kaji selidik ke atas 758 pekerja atau mereka yang mahu bekerja di seluruh Malaysia, laporan Skillsoft itu menyelidik harapan kakitangan bagi tempat kerja pasca COVID-19 dan mendapati 94 peratus mahu sekurang-kurangnya satu amalan COVID-19 diterapkan secara tetap dalam kehidupan harian mereka.
Ia merupakan angka tertinggi dari tiga negara di Asia Pasifik yang dikaji iaitu Malaysia, Singapura dan Australia.
Meskipun hanya enam peratus daripada pekerja Malaysia gembira kembali kepada keadaan biasa, angka ini malahan lebih rendah dalam kalangan mereka yang berusia lebih 55 tahun (3.0 peratus).
Kaji selidik itu mendapati tenaga kerja Malaysia nampaknya lebih prihatin tentang kesejahteraan mereka buat masa ini, dengan 31 peratus pekerja menyenaraikan kesihatan dan keselamatan sebagai perkara nombor satu yang mereka mahu ketua perniagaan memberikan keutamaan.
Ia juga menunjukkan hampir separuh daripada semua pekerja Malaysia menyenaraikan keseimbangan kerja/ kehidupan (54 peratus) dan jaminan pekerjaan (47 peratus) dalam tiga perkara utama yang perlu diberi keutamaan oleh ketua perniagaan dan hanya 14 peratus menyenaraikan inovasi antara tiga perkara utama mereka.
"Tempoh COVID-19 telah mencetuskan trend yang melangkaui di luar gaya tempat kerja fleksibel, ke arah jagaan diri yang sebenar-benarnya. Syarikat perlu menjadikan kesejahteraan dan kesihatan kakitangan sebagai fokus tetap, bukan hanya sesuatu yang perlu ditangani semasa krisis sahaja," kata Naib Presiden Skillsoft APAC, Rosie Cairnes.
Laporan itu menunjukkan dua perkara utama yang tenaga kerja Malaysia mahu majikan mereka menyokongnya adalah menyediakan lebih banyak pembelajaran dan pembangunan mengenai pelbagaian kaum (38 peratus) dan menyokong cuti bersalin bagi ibu dan juga bapa (34 peratus).
"Dasar yang rakyat Malaysia mahu organisasi mereka perkenalkan adalah menawarkan kerja fleksibel bagi ibu bapa kedua-dua jantina (33 peratus) dan memantau, melapor dan berusaha untuk merapatkan jurang jantina (31 peratus)," kata organisasi itu.
Kaji selidik itu dijalankan oleh YouGov dari 30 Julai hingga 3 Ogos, 2020 dalam kalangan 681 warga Australia, 758 warga Malaysia dan 886 warga Singapura berusia 18 tahun ke atas yang ketika ini bekerja atau sedang mencari kerja. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020
![Sembilan daripada 10 pekerja tidak mahu lagi kembali kepada situasi bekerja secara 'normal' - Skillsoft Sembilan daripada 10 pekerja tidak mahu lagi kembali kepada situasi bekerja secara 'normal' - Skillsoft](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596594823_PEKERJAAN.jpg)
Pekerja di Malaysia lebih prihatin tentang kesejahteraan mereka buat masa ini dengan 31 peratus pekerja menyenaraikan kesihatan dan keselamatan sebagai perkara nombor satu yang perlu diberi keutamaan oleh majikan. - Gambar hiasan
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733690925_ISMAILSABRIYAAKOB.jpg)
RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berpotensi besar menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesalinghubungan di rantau Asia Pasifik.
![Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731985316_TBAnwar.jpg)
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
![Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/71489063753_AirbusLogo.jpg)
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
![Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731218393_ZahidHamidi.jpg)
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
![UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727560611_TBTokMat.jpg)
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
![Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720756288_CyberAttack.jpg)
Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian
Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian.
![Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714425781_HuaweiDigital.jpg)
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
![Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
![COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050 COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692253502_TBsingapore.jpg)
COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050
Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion.
![Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669914900_Globalaircargo.jpg)
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.