KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding 2.3 peratus pada Julai.
"Syarikat penerbangan di rantau ini mendapat manfaat daripada pertumbuhan di dua laluan perdagangan utama: Eropah-Asia (naik daripada 3.1 peratus pada Julai kepada 8.8 peratus pada Ogos) dan Timur Tengah-Asia (meningkat daripada 2.7 peratus pada Julai kepada 3.5 peratus pada Ogos)," menurut IATA, yang mewakili kira-kira 300 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 83 peratus daripada trafik udara global.
Selain itu, laluan perdagangan dalam Asia turut menunjukkan prestasi yang lebih baik pada Ogos, dengan CTK antarabangsa menyusut sebanyak 4.7 peratus berbanding penurunan tahunan 9.7 peratus pada Julai.
Kapasiti tersedia untuk syarikat penerbangan di rantau ini meningkat 28.5 peratus berbanding Ogos 2022.
Di peringkat global, permintaan kargo udara tahun ke tahun meningkat buat kali pertama dalam tempoh 19 bulan, menurut IATA.
"Permintaan global meningkat 1.5 peratus berbanding paras Ogos 2022 (1.2 peratus untuk operasi antarabangsa).
"Permintaan kargo udara naik 1.5 peratus berbanding Ogos sebelumnya. Ini adalah pertumbuhan tahun ke tahun yang pertama dalam tempoh 19 bulan, justeru ia adalah berita yang dialu-alukan.
"Melihat ke hadapan, walaupun banyak ketidaktentuan, kami dapat mengambil sedikit keyakinan daripada data indeks pengurus pembelian yang bergerak ke arah positif.
"Ini amat penting apabila kami menuju ke musim puncak akhir tahun untuk kargo udara," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022, menurut IATA. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.