KUALA LUMPUR: Semakin hari semakin baik, kes jangkitan COVID-19 menyaksikan penurunan dan Oktober menjadi bulan yang paling penting kerana banyak aktiviti kembali dibuka dengan kadar vaksinasi penuh golongan dewasa mencapai sasaran 90 peratus dan bilangan remaja divaksin terus meningkat.
Rentas negeri, pembukaan pusat pelancongan, pembukaan institusi pengajian tinggi, pembelajaran di sekolah secara fizikal, pembukaan venue sukan kepada kehadiran penonton, antara senario yang akan kembali mewarnai suasana harian negara ini.
Sekolah perlu dibuka bagi menaikkan semula semangat pelajar untuk bersekolah setelah sekian lama berenggang sesama mereka, walaupun isu guru enggan divaksin menghantui ibu bapa yang takutkan anak-anak mereka terdedah kepada jangkitan virus.
Namun, terlalu awal bagi warga Malaysia untuk meraikannya, kerana belum tentu fasa endemik tercapai menjelang akhir Oktober, malah keadaan kita masih belum selamat kerana varian yang ada terutamanya varian Delta, dikatakan belum melalui proses mutasi yang boleh membahayakan nyawa semua.
BACA: COVID-19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober - Khairy
Disebabkan itu, semua dinasihatkan supaya tidak leka, malah harus terus berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dtetapkan kerajaan, bagi mengelakkan kenaikan semula kes jangkitan.
Inilah harapan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, pada mesyuarat mingguannya untuk memutuskan segala cadangan tindakan ke arah endemik, setelah perkara-perkara itu diperhalusi oleh Kuartet Menteri COVID-19 diketuai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Semua cadangan itu terlebih dahulu dikenal pasti dan dibincangkan pada peringkat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, walaupun sudah diberikan kebebasan, namun masyarakat perlu terus memberi komitmen mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan, bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan dan juga kluster kes-kes yang baharu.
Kementerian Kesihatan menyasarkan Malaysia bakal memasuki fasa transisi 'hidup bersama virus COVID-19' sebelum beralih ke fasa endemik, dengan bilangan kes berada dalam kadar yang dijangkakan dan tidak membebani kesihatan awam, bergantung pada kekuatan dan tempoh masa perlindungan ketahanan daripada vaksinasi dan infeksi semula jadi.
Antara petunjuk bagi negara beralih ke fasa pandemik ialah kadar kes kritikal bagi 100,000 populasi ialah 0.5, di mana kadar berkenaan setakat 25 Sept lepas ialah 1.9.
Petunjuk lain ialah lima peratus kemasukan ke hospital bagi kategori tiga hingga kategori lima dari keseluruhan kemasukan ke hospital, di mana peratusan berkenaan setakat 25 Sept lepas ialah 10 peratus sementara petunjuk lain ialah peratusan penggunaan katil hospital bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah kurang 30 peratus, manakala peratusan penggunaan katil ICU ialah 20 peratus bagi memasuki fasa endemik.
Bagi orang ramai pula, fasa berkenaan bermaksud mereka perlu terus mematuhi SOP yang telah disemak dan dipermudah, bertanggungjawab dan membuat penilaian risiko kendiri termasuk bagi yang sudah divaksin lengkap dan memastikan akses ke kepada penjagaan kesihatan dalam waktu yang tepat.
Dalam peralihan dari pandemik kepada fasa endemik beberapa perkara perlu diambil kira termasuk tidak boleh mengelak daripada virus COVID-19 sepanjang hidup, tetapi boleh meminimumkan impaknya, mengawal kes sakit dan yang teruk dengan sistem kesihatan yang tidak terlalu terbeban.
Dalam pada itu lima strategi digariskan oleh kerajaan, supaya peralihan ke fasa endemik dapat dilakukan iaitu yang pertama melibatkan respon kesihatan awam dan program vaksinasi menggunakan pendekatan cari, uji, jejak, asing dan sokong (FTTIS), vaksinasi terhadap 70 ke 90 peratus keseluruhan populasi, pemberian suntikan vaksin dos ketiga dan memastikan amalan pengudaraan yang baik serta selamat.
Strategi kedua melibatkan ujian dan pemantauan iaitu penggunaan kit ujian kendiri, ujian berdekatan pesakit (POCT), kit ujian lebih pantas menggunakan alat pernafasan dan cara pengawasan yang dipertingkatkan.
Strategi ketiga ialah pengurusan kes, di mana akan dipastikan terdapat kapasiti hospital yang mencukupi, rawatan yang efektif dan perlindungan terhadap golongan berisiko.
Strategi keempat ialah pemerkasaan komuniti bagi menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri, pengasingan kendiri, mematuhi SOP, menjadi agen perubahan dan meningkatkan ketahanan mental.
Strategi kelima ialah pengawalan sempadan di mana polisi dan SOP kuarantin diteruskan, pengamalan uji dan lepas dan penggunaan senarai 'green/amber/red'.
Bagi peralihan ke fasa endemik, antara faktor utama yang perlu diambil kira ialah tahap jangkitan, iaitu semasa fasa pandemik tahap jangkitan adalah tinggi dan dalam fasa hidup bersama virus jangkitan adalah dalam kalangan komuniti dengan sebilangan kluster besar manakala dalam fasa endemik jangkitan adalah rendah.
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan ialah peningkatan respon termasuk vaksinasi, peningkatan ujian dan pemantauan, serta peningkatan kesediaan menghadapi kluster atau gelombang yang besar.
Tindakan lain ialah berkaitan kit ujian kendiri iaitu harga siling, bagi memastikan ia dapat dibeli orang ramai, subsidi terhadap golongan B40 dan pemantauan harga dan kualiti.
Dalam pengurusan kes, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya akan diteruskan dan dilaksanakan di negeri lain, selain keperluan sektor swasta memainkan peranan lebih besar.
Bagi pengurusan kes di hospital, hospital terpilih akan dikenal pasti sebagai hospital COVID-19 dengan sekurang-kurangnya satu hospital COVID-19 bagi setiap kluster hospital, dengan jumlah minimum ialah 42 buah hospital.
Jumlah katil bukan ICU dan ICU akan dikurangkan, dengan purata penggunaan dikurangkan masing-masing kepada kurang 30 peratus dan kurang 20 peratus. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

Antara petunjuk bagi negara beralih ke fasa pandemik ialah kadar kes kritikal bagi 100,000 populasi ialah 0.5, di mana kadar berkenaan setakat 25 Sept lepas ialah 1.9. - Gambar fail BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.