SIBU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak dijangka memperoleh hasil lebih baik susulan semakan semula kadar cukai tanah yang bermula awal tahun ini.
Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata Jabatan Tanah dan Survei Sarawak akan mengutip levi daripada ladang kelapa sawit bagi pihak PBT.
Beliau berkata tugas mengutip levi diamanahkan kepada jabatan itu kerana sebelum ini pihak ladang berkecenderungan mengisytiharkan hasil yang lebih rendah berbanding perolehan sebenar dan PBT tidak mampu berbuat apa-apa mengenai perkara tersebut.
"Jika mereka berbuat demikian ketika ini, pihak jabatan boleh mengambil tindakan terhadap mereka termasuk merampas ladang yang tidak mengisytiharkan hasil. Saya tidak fikir mereka mahu perkara seperti ini berlaku," katanya semasa upacara Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu di sini hari ini.
Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, berkata sebelum ini pihak ladang membayar hasil sebanyak RM1 juta setahun namun kini kira-kira RM10 juta setahun.
Kadar cukai baharu telah diluluskan pada 16 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 30(5) Kanun Tanah Sarawak dan berkuat kuasa awal tahun ini.
Kadar baharu untuk tanah pertanian melebihi 40.47 hektar (pertanian komersial) ialah RM30 sehektar dengan RM25 dikutip sebagai cukai tanah manakala RM5 adalah levi estet oleh jabatan itu bagi pihak PBT.
Pada majlis itu, sejumlah 19 Ahli Majlis sebelum ini yang dilantik semula dan 13 muka baharu mengangkat sumpah bagi penggal 2023-2025.
Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ialah Sempurai Petrus Ngelai manakala timbalannya ialah Wong Ching Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Dr Sim Kui Hian berkata Jabatan Tanah dan Survei Sarawak akan mengutip levi daripada ladang kelapa sawit bagi pihak PBT. - Gambar fail/ Bernama
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Ladang solar mampu beri pulangan 26.4 kali ganda lebih tinggi berbanding tanam sawit
Malah, kata RHB Investment, dengan menyewa tanah bagi tujuan perniagaan solar sahaja boleh memberikan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) dua kali ganda kepada syarikat perladangan.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Kadar tanam semula lebih baik boleh tingkat minyak sawit Malaysia sebanyak 2.5 juta tan
Usaha meningkatkan kadar penanaman semula mengikut piawaian industri akan menambah lebih 2.5 juta tan kepada jumlah pengeluaran minyak sawit.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan
Terengganu mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM 38.2 bilion pada tahun lepas.
Gua Musang miliki kilang proses kelapa sawit berkapasiti tertinggi di Kelantan
Jumlah pemprosesan harian telah meningkat daripada 900 metrik tan kepada 1,800 metrik tan.