KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ini kerana beliau berkata pemerkasaaan undang-undang negara penting dalam memastikan agenda Kerajaan Perpaduan membangun negara di bawah kerangka Ekonomi Madani kerana selain tatakelola pentadbiran yang baik, aspek perundangan juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara.
"Kita akan kaji undang-undang baik melibatkan perniagaan besar mahupun dalam talian, kontrak jual beli, perdagangan termasuklah scammer perniagaan...selain itu ambil contoh dalam dasar perindustrian 4.0, undang-undang kebanyakan negara di ASEAN seperti Indonesia dan Thailand dah berubah, jadi kita akan lihat.
"Pasukan petugas khas ini juga akan teliti isu-isu terkait AI (kecerdasan buatan), yang mana melibatkan penipuan teknologi dan mengkaji adakah kita ada persediaan dalam menguruskan perniagaan di dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM hari ini yang membicarakan tajuk Tatakelola Baik Asas Ekonomi Madani.
Ekonomi Madani, merupakan rangka kerja ekonomi terbaharu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas, bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia seterusnya menyediakan limpahan hasil kepada rakyat, untuk membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Azalina berkata pasukan petugas khas itu, akan bekerjasama dengan universiti tempatan selain agensi yang berkaitan untuk melakukan semakan dan kajian.
Sekiranya semuanya berjalan baik, beliau optimis cadangan perubahan dan penambahbaikan undang-undang daripada pasukan petugas khas itu, boleh dibentangkan pada sesi Parlimen tahun hadapan.
Azalina berkata sekiranya undang-undang negara berupaya memberi perlindungan sewajarnya, tidak berat sebelah dengan memihak kepada mana-mana majikan atau golongan pekerja, malah tidak melebihkan orang kaya dan meminggirkan orang miskin serta tidak menindas kaum wanita dan kanak-kanak, pelabur akan rasa selamat dan yakin.
"Ditambah dengan keamanan negara kita, keselamatan yang berupaya kita tawarkan selain pemimpin yang kini dilihat boleh melindungi mereka dengan tatakelola yang baik, tanpa isu-isu seperti 'bayaran belakang', pelabur akan sampai ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Sekiranya semuanya berjalan baik, Azalina optimis cadangan perubahan dan penambahbaikan undang-undang daripada pasukan petugas khas itu, boleh dibentangkan pada sesi Parlimen tahun hadapan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pasukan petugas khas ditubuh tangani isu keselamatan kenderaan berat - Anthony Loke
Prosedur pemeriksaan berkala di Puspakom akan diperkemas dengan menambah elemen keselamatan kritikal seperti tayar dan sistem brek.

Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.

Pasukan petugas khas perlu diwujudkan, tangani isu salah laku - Pengerusi EAIC
Pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi menangani pelbagai isu serius melibatkan salah laku dan integriti dengan lebih berkesan.

Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas khas ditubuhkan, operasi bas digantung
Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki.

KKM tubuh pasukan petugas khas siasat kematian pakar perubatan patologi
Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan satu pasukan petugas khas yang akan berkuat kuasa pada 10 Okt bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu baru-baru ini.

KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.

KDN, Kerajaan Sarawak berganding tubuhkan pasukan khas tangani rakyat tanpa dokumen pengenalan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Sarawak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri itu.