KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Sarawak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pasukan itu dibahagikan kepada jawatankuasa induk yang dipengerusikan secara bersama oleh beliau dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
Beliau berkata jawatankuasa induk akan menentukan soal dasar berkaitan isu dokumen pengenalan diri rakyat, manakala jawatankuasa teknikal akan membuat keputusan berhubung mekanisma dan kaedah untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini, beliau berkata berdasarkan perangkaan dari Jabatan Premier Sarawak, sejumlah 9,314 penduduk di negeri ini telah dikenal pasti tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
"Kerajaan Sarawak ada pangkalan data yang memudahkan KDN untuk mengenal pasti kedudukan individu ini, dan sebagai permulaan ia memudahkan pasukan petugas khas ke lokasi tertentu untuk menyelesaikan isu yang timbul," katanya.
Saifuddin berkata di bawah inisiatif untuk menangani isu ini, ia akan bersifat khidmat bantuan, dengan agensi-agensi yang terlibat dalam pasukan petugas khas ini akan turun padang, tanpa memerlukan individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri tampil untuk memohon.
Pada majlis itu beliau telah menyerahkan sejumlah 62 Surat Keputusan Kewarganegaraan Malaysia kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
"Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara KDN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang diterajui oleh menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah," katanya.
Bekliau berkata di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan boleh, dalam sesuatu hal keadaan khas mengarahkan seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Saifuddin berkata jawatankuasa induk akan menentukan soal dasar berkaitan isu dokumen pengenalan diri rakyat. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.