Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyaksikan proses pengambilalihan syarikat tersebut daripada Malaysia Airlines Group sebentar tadi.
Perjanjian jual beli tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki mewakili Kerajaan Sarawak dan Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.
Abang Johari dalam ucapannya menambah, kolaborasi dengan MAG akan diteruskan selepas pembelian tersebut untuk memastikan proses penyerahan ini berlangsung lancar.
Ia juga untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman mereka untuk meminimumkan gangguan dan mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)