SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pusat berkenaan terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran antaranya lewat perkembangan secara umum atau global developmental delay (GDD), sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran.
Amirudin berkata sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam selaku rakan kerjasama untuk menaik taraf sebuah dewan orang ramai kepada pusat prasekolah manakala YAWAS membelanjakan RM300,000 untuk kelengkapan pembelajaran serta lain-lain.
Jelasnya lagi pengoperasian pusat berkenaan sejak 22 Nov 2022 itu dilihat sebagai penanda aras kepada pengusaha tadika khususnya di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid berkeperluan khas.
"Mungkin selepas ini kita boleh lihat kerjasama (dengan pihak berkuasa tempatan) di tempat lain untuk wujudkan banyak lagi (Pusat Prasekolah ANIS) supaya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dapat menghantar anak mereka ke pusat tersebut terutamanya mereka yang tidak mampu untuk berbuat demikian kerana kosnya agak mahal.
"Jadi jika mereka masukkan anak-anak di sini, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut mempunyai kemahiran asas (sama seperti kanak-kanak normal) di peringkat prasekolah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Prasekolah ANIS, Seksyen 7 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.
Amirudin berkata kerajaan negeri sehingga kini menerima hampir 100 permohonan untuk menubuhkan Pusat Prasekolah ANIS dan 35 daripadanya bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sementara itu Dr Siti Mariah berkata di pusat pendidikan itu, ibu bapa juga akan diberi pendedahan dan ilmu berguna khususnya dalam mengurus kanak-kanak kurang upaya.
"Contohnya mereka (kanak-kanak istimewa) menghadapi masalah 'toilet training' atau cara makan. Semua perkara asas tersebut kita anggap normal, tapi anak-anak ini perlu dilatih (menerusi latihan khas). Latihan dibuat di sini secara 'one-to-one' oleh guru bertauliah bersama ibu bapa sekali seminggu selama dua jam dalam satu sesi," katanya.
Katanya lagi, penubuhan Pusat Prasekolah ANIS itu akan diperluaskan ke kawasan luar bandar selepas ini antaranya di Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kiri) bergambar selepas menyempurnakan Perasmian Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7, hari ini. - BERNAMA
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
AWANI Pagi: Malaysia Ultra-Trail UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
Malaysia menjadi tuan rumah pertama UTMB Asia Tenggara. Acara bersejarah ini meraikan kekuatan pelari, keindahan alam Perak, dan budaya unik sambil mempromosikan kelestarian.
#AWANIRingkas 4 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Januari 2025
1️⃣ Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
2️⃣ Tindakan cabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa
3️⃣ Umum tarik diri akibat kecederaan
#awaniringkas
1️⃣ Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
2️⃣ Tindakan cabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa
3️⃣ Umum tarik diri akibat kecederaan
#awaniringkas
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
2. Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
3. UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
1. KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
2. Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
3. UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
AWANI Ringkas: Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor tubuh Pusat Prasekolah ANIS, bantu pembelajaran anak istimewa
Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS).