Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM3.6 juta untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' kepada rakyat melibatkan tiga laluan utama di negeri ini bermula Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan Datuk Teng Chang Khim berkata sebanyak 11 buah bas Rapid KL yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd digunakan bagi tujuan itu.
Beliau berkata laluan-laluan berkenaan melibatkan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
"Bas akan melalui semua stesen komuter, PBT (pihak berkuasa tempatan), sekolah dan pejabat kerajaan negeri. Buat masa ini perkhidmatan bas percuma hanya di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Kita berharap perkhidmatan ini akan dikembangkan lagi ke kawasan Ampang dan Kajang dalam tahun ini juga kerana kita sedia maklum dua kawasan ini menghadapi kesesakan trafik agak teruk," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma itu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Teng berkata bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WIFI secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).
Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing.
Sementara itu, Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu bermula 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 minit bagi ketiga-tiga laluan.
Menurutnya, laluan bas di Shah Alam adalah sepanjang 20.2km antara stesen KTM Komuter Seksyen 19 dan Wisma Jakel di Seksyen 7 manakala perkhidmatan bas di bandar Klang pula melibatkan laluan pusingan sepanjang 8.5km yang bermula dan berakhir di Wisma Tahfiz.
Perkhidmatan bas di Subang Jaya adalah antara KTM Komuter Subang Jaya dan USJ 6 serta Stesen 7 perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, yang mula beroperasi bulan lepas, katanya.
Bernama
Thu Jul 02 2015
![Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61435809365_BASSELANGORKU.jpg)
Bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WIFI secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
Tumpuan Jumaat – 16 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715345_ShamsulAnuarNasara.jpg)
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![Kutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA Kutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640346263_TamanSriMuda.jpg)
Kutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjangkakan proses pembersihan sampah pukal di kawasan pascabanjir yang sedang dilaksanakan secara maksimum ketika ini, akan selesai dalam tempoh dua minggu.
![IPD Shah Alam rangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif berdepan banjir IPD Shah Alam rangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif berdepan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639828254_ShahAlam.jpg)
IPD Shah Alam rangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif berdepan banjir
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam merangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif untuk berdepan dengan banjir di daerah berkenaan.
![Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621469222_solidaritiPalestin.jpg)
Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.
![Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618974296_kanakkanakdilaran.jpg)
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
![MBSA buka Taman Persahabatan Selangor-Jepun MBSA buka Taman Persahabatan Selangor-Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615582965_TamanPersahabatan.jpg)
MBSA buka Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Majlis Bandaraya Shah Alam akan membuat pembukaan rasmi taman tersebut pada Oktober 2021 bersempena sambutan ulang tahun MBSA.
![PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597245263_AmirudinShari.jpg)
PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa
Pihak PBT seharusnya mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan dan salah laku pegawai, sekiranya dakwaan mengenai perbuatan itu didapati benar.
![Operasi besar-besaran: Peniaga mengeluh anggap MBSA 'balas dendam' Operasi besar-besaran: Peniaga mengeluh anggap MBSA 'balas dendam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597215379_MBSAsungaibuloh.jpg)
Operasi besar-besaran: Peniaga mengeluh anggap MBSA 'balas dendam'
Susulan penularan video yang dikongsikan oleh seorang penjual burger baru-baru ini MBSA melancarkan gerakan operasi besar-besaran di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, pada Rabu.
![MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597053040_kedairoboh.jpg)
MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk
MBSA sudah banyak kali mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang berniaga di Bandar Baru Sungai Buloh.
![Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491400573_AhmadZaharinMohdS.jpg)
Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama
Perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.
![Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61435809365_BASSELANGORKU.jpg)
Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku'
Perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' melibatkan tiga laluan utama di Selangor iaitu Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.