Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digesa mengambil tindakan tegas terhadap anggota dan pegawai penguat kuasa yang dikesan menyalahguna kuasa, melakukan penyelewengan dan menerima rasuah.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang membuat gesaan itu berkata pihak PBT seharusnya mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan dan salah laku pegawai, sekiranya dakwaan mengenai perbuatan itu didapati benar.
"... terima kasih kepada mereka yang memberi maklumat berhubung kesalahan anggota itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kursus keusahawanan 'Selangor Restart' anjuran Hijrah Selangor di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Selasa, kerana disyaki menerima dan mengutip rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, dekat sini.
Katanya kes itu juga tidak akan menjejaskan atau menghalang mana-mana PBT di negeri meneruskan operasi penguatkuasaan di kawasan masing-masing.
"Kita juga tidak akan berputus asa untuk melaksanakan penguatkuasaan selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis perniagaan yang melanggar undang-undang. Hanya ada segelintir (anggota penguatkuasa) terlibat, saya percaya sebahagian besar penjawat awam kita menjalankan tugas dengan baik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keluhan peniaga termasuk penerima pembiayaan perniagaan di bawah program Hijrah Selangor apabila premis mereka di Bandar Baru Sungai Buloh diarahkan tutup dalam operasi besar-besaran oleh MBSA pagi semalam, Amirudin berkata tindakan PBT itu dibuat berdasarkan kepada undang-undang.
"Ia bukan sahaja (berkaitan) isu lesen, kadang-kadang ia melibatkan struktur tambahan dan perkara yang dibangkitkan oleh MBSA tadi adalah (peniaga) membuat pelebaran premis tanpa kebenaran. Mereka (peniaga) melakukan kesilapan dan mereka kena tangani sendiri...kita ikut batas undang-undang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

Amirudin bercakap pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Keusahawanan - Selangor Restart di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Rabu. - BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.

Kerajaan Selangor sedia hulur bantuan kepada keluarga pelajar terlibat nahas di Jordan
Pejabat Menteri Besar Selangor telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.

Amirudin sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung 24 Mei ini.

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti 24 Mei ini.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.