PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan memastikan nasib 89 keluarga yang dijangka terbabit dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terbela.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata selain 89 keluarga di Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh dekat sini, pihaknya juga mengenal pasti 86 lot kubur yang terkesan bagi laluan projek sama.
"Pembinaan laluan (ECRL) di lokasi itu mungkin bermula pada 2025 atau 2026, maka kita (Kerajaan Selangor) mempunyai masa untuk berbincang dengan pihak tertentu. Kalau laluan tidak dialih, kita akan bagi rumah sesuai supaya hidup penduduk tidak terganggu... kerajaan negeri sedaya upaya elakkan laluan ini tetapi tidak ada jalan lagi.
"... Saya pegang janji saya. Kita akan kenal pasti penyelesaian terbaik. Sementara ada masa ini, kita juga kenal pasti kawasan perumahan mana yang dibangunkan, yang mana kita boleh ganti tanah, rumah atau beli rumah dengan kos tertentu," katanya berucap pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Seri Perantau di sini hari ini.
Laluan ECRL di Selangor melibatkan jajaran sepanjang 90.72 kilometer melalui daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid bahawa Selangor dan Sabah masih belum mengembalikan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Amirudin menegaskan negeri itu tidak membuat sebarang pinjaman dengan KWAN bagi pembelian vaksin.
Beliau berkata sebaliknya Selangor menggunakan dana daripada tabung yang dimiliki kerajaan negeri.
"Saya rasa ada khilaf tentang itu (kenyataan). Kira-kira RM100 juta kita keluarkan (daripada tabung negeri) dan saya tidak rasa pembelian vaksin itu dibuat menerusi KWAN.
"...yang kita terima adalah wang (peruntukan) daripada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) bagi pengurusan tempat vaksin untuk kita sediakan dewan, makanan dan baik pulih beberapa kemudahan tempat untuk PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan). Ia bukan pinjaman tetapi pemberian daripada MOSTI.
"Masih ada baki RM41 juta (pemberian MOSTI), kita akan pulangkan kepada Kementerian kewangan sebab itu memang peruntukan yang diberikan kementerian dan kita boleh pulangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023

Amirudin berkata selain 89 keluarga di Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh, pihaknya juga mengenal pasti 86 lot kubur yang terkesan bagi laluan projek sama. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Selangor sasar 30,000 pengunjung meriahkan Perkampungan Kebudayaan
Kerajaan Selangor sasar 30,000 pengunjung hadir memeriahkan Karnival Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025 yang berlangsung selama lima hari bermula 22 Jan.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..