JOHOR BAHRU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicadangkan untuk dijadikan antara subjek pembelajaran di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini.
Ia antara lain bertujuan bagi melengkapkan pelajar institusi itu dengan ilmu serta kemahiran tambahan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, selain ilmu agama, program TVET membolehkan pelajar menimba ilmu dan kemahiran tambahan.
Beliau berharap dengan ilmu tambahan itu dapat membantu mereka mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
"Saya secara peribadi mengharapkan supaya semua institusi pendidikan Islam dapat melahirkan anak-anak pelajar yang bukan sahaja alim dalam bidang agama, malah juga mahir dalam bidang lain untuk memberi
sumbangan fardhu kifayah kepada masyarakat.
"Program TVET ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membantu pelajar sekolah agama, tahfiz dan pondok di negeri ini," katanya ketika Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA) di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan; Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki A Shamsuddin.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam merencana pelan pendidikan bersepadu untuk pelajar, sama ada dalam bidang akademik mahupun keagamaan terutamanya bagi pelajar sekolah tahfiz.
"Pelbagai langkah sudah dibuat untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna, terkini dan sentiasa ke hadapan sesuai dengan agama Islam itu sendiri yang bersifat anjal dan sejagat.
"Saya bangga kerana antara usaha itu adalah mahu memastikan semua sekolah tahfiz ini
mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya perkembangan sekolah ini dapat diurus dengan baik, seterusnya membolehkan pelbagai bantuan dapat disalurkan bagi kepentingan semua pihak.
"Proses ini akan dapat dipermudahkan lagi dengan adanya garis panduan yang dibukukan dan diterbitkan oleh JAINJ menerusi JTQA ini," katanya.
Pada majlis itu, Hasni turut menyampaikan bantuan pengurusan tahfiz sebanyak RM1 juta.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Mon Feb 07 2022
Hasni (kiri) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA). - Astro AWANI
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.