KUALA LUMPUR: Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi kesan kepada pulangan penternak.
"Dalam hal ini buat pertama kalinya, kerajaan bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur berjumlah RM1.1 bilion secara keseluruhannya bagi meringankan beban penternak ayam. Pemberian subsidi ini bermula 5 Februari 2022 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022.
"Setakat 29 Julai 2022, sebanyak 8,907 permohonan subsidi diluluskan berjumlah RM748 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu kerugian dihadapi sektor penternakan ayam seluruh Malaysia sejak larangan eksport ayam berkuat kuasa pada 1 Jun 2022.
Ronald memberitahu, kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memantau dan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam termasuk di peringkat ladang bagi memastikan bekalan dan kelangsungan pengeluaran ayam negara berada pada tahap optimum dan stabil.
Sementara itu, menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkenaan stok penimbal negara bagi beras, beliau berkata, ketika ini kedudukan stok penimbal beras adalah pada paras 221,313 tan metrik iaitu 88.5 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 250,000 tan metrik menjelang 2022.
Katanya, kerajaan sedang menggandakan stok penimbal beras secara berperingkat daripada 150,000 tan metrik kepada 290,000 tan metrik menjelang 2023 bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara serta menghadapi sebarang situasi luar jangka.
"Bagi menampung keperluan beras negara, kementerian sentiasa memastikan kedudukan stok beras sentiasa melebihi paras purata keperluan iaitu 200,000 tan metrik sebulan.
"Kedudukan stok beras di dalam negara di peringkat kilang, borong dan runcit sentiasa pada kadar konsisten setiap masa iaitu purata 400,000 tan metrik hingga 500,000 tan metrik," ujarnya.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022

Ronald Kiandee, berkata kerajaan sedar akan peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi kesan kepada pulangan penternak. - Gambar fail Jabatan Penerangan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Eksport ayam: Kerajaan perlukan satu atau dua bulan lagi sebelum buat keputusan - PM
Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam - Nanta
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam.

Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.