PUTRAJAYA: Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pada masa sama, isu membabitkan pemberian subsidi kepada penternak bagi membolehkan ayam standard dijual pada harga siling runcit RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia juga perlu diperhalusi.
"Jadi isunya kita tidak boleh tangani hanya soal eksport, kita kena tangani juga soal selama mana subsidi itu nak dikekalkan.
"Kalau kita tiba-tiba terus membenarkan eksport dan pada masa yang sama ditamatkan subsidi maka harga ayam akan melambung sekali lagi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid bahawa Kabinet akan memuktamad keputusan hari ini sama ada membenarkan semula penternak mengeksport ayam atau sebaliknya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Kabinet ada membincangkan isu kebenaran mengeksport ayam dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengemukakan beberapa syor.
Beliau berkata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 70 juta ekor sebulan atau kira-kira 2.2 juta ekor sehari dan walaupun dikatakan bekalan melebihi keperluan ketika ini iaitu kira-kira 3.5 juta ekor namun kerajaan hanya akan membenarkan eksport jika ia tidak menjejaskan keperluan domestik.
"Demi untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ayam sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan asas bagi semua keluarga, kerajaan akan hanya buat keputusan selepas semua perkara diteliti dan satu kaedah akan diperkenal kalau sekiranya nanti ayam hendak dieksport.
"Jadi jawatankuasa jihad akan lihat pekara ini dan nantinya bila dah ada satu pendekatan, barulah mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Makanan boleh membawa semula kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan," katanya.
Annuar juga berkata Pasukan Jihad Tangani Inflasi telah mengarahkan Jabatan Perangkaan untuk membuat kajian bagi menetapkan kos sebenar ayam di peringkat ladang.
Beliau berkata kaedah itu sama seperti yang dilakukan untuk menetapkan harga siling minyak masak tulen kemasan botol dan kerajaan telah mengambil kira harga komoditi sawit dari pelbagai sudut sebelum menetapkan harga munasabah yang perlu dibayar oleh rakyat.
"Sepertimana yang kita lakukan untuk minyak masak, apabila harga CPO (minyak sawit mentah) berada pada tahap tertentu kita boleh kira berapa harga yang adil yang harus pembeli-pembeli runcit membelinya, dengan kita meletakkan satu paras harga maksimum.
"Dengan cara demikian, harga minyak yang dibeli oleh rakyat kita dapat pastikan ia rendah dan tidak berlaku pencatutan yang menyusahkan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Eksport ayam: Kerajaan perlukan satu atau dua bulan lagi sebelum buat keputusan - PM
Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam - Nanta
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam.

Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.