KUALA LUMPUR: Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata tempoh itu diperlukan bagi memastikan bekalan ayam untuk keperluan negara benar-benar mencukupi dan harganya stabil walaupun ketika ini dilaporkan terdapat lebihan bekalan produk tersebut.
"Kita dah berbincang di Kabinet tapi kita tak boleh buat keputusan lagi sebab ayam sekarang ini masih disubsidi.
"Kita akan tunggu lagi selepas satu dua bulan, kita lihat apabila subsidi ini tamat pada 31 Ogos, kalau bekalan masih banyak, harga kurang maka kita mungkin boleh lepaskan (benarkan eksport), kita tak mahu nanti kesannya tak cukup lagi dalam negara dan harga naik," katanya dalam sesi temu bual Inspirasi Setahun Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan termasuk Bernama TV pada Sabtu.
Kerajaan sebelum ini mengambil langkah intervensi menyekat pengeksportan ayam mulai 1 Jun lepas setelah berlaku kekurangan bekalan yang menyebabkan harga produk itu naik.
Bagaimanapun, akhir-akhir ini terdapat lambakan bekalan dalam negara menyebabkan penternak menggesa kerajaan menarik semula sekatan itu.
Sementara itu, mengulas mengenai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan kerajaan, Ismail Sabri berkata ia tidak hanya memfokus kepada isu kenaikan harga barangan tertentu malah peranannya turut diperluas bagi menangani isu inflasi secara keseluruhan.
"'Jika (pada) mulanya kita hanya libatkan beberapa kementerian berkaitan sahaja, tetapi (apabila) menyedari kita perlukan jawatankuasa lebih besar untuk menangani pelbagai isu, kita juga libatkan Kementerian Kewangan dan EPU (Unit Perancang Ekonomi).
"Jadi ia menyeluruh kepada semua sekali. Apa-apa intervensi kerajaan diputuskan dalam jawatankuasa menangani inflasi ini," katanya.
Beliau berkata antara impak penubuhan pasukan itu ialah pelaksanaan intervensi bagi menyelesaikan isu kenaikan harga ayam dan telur melalui pemberian subsidi.
Katanya bagi memastikan segala maklumat mengenai keputusan dan langkah yang diambil kerajaan sampai kepada rakyat secara berkesan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut dilibatkan dalam pasukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Eksport ayam: Kerajaan perlukan satu atau dua bulan lagi sebelum buat keputusan - PM
Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam - Nanta
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam.

Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.