KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Jemaah Menteri bersetuju supaya sekatan itu dilonggarkan secara berfasa bermula sebanyak 50 peratus atau 1.8 juta ekor ayam sebulan, daripada jumlah keseluruhan sekatan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor ayam sebulan.
Beliau berkata keputusan itu diambil berikutan bekalan ayam di pasaran tempatan yang mulai stabil pada suku tahun ketiga dengan kadar purata lebihan pengeluaran 1.8 juta ekor sebulan.
"Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) akan terus memantau bekalan ayam dalam negara serta pelaksanaan pengeksportan ayam hidup pedaging yang akan melibatkan hampir 100 ladang pengeksport melalui mekanisme pemantauan yang telah dibangunkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ronald, setiap ladang tersebut telah diberikan had kuantiti eksport berdasarkan data perancangan yang dikemukakan serta berlandaskan unjuran pengeluaran ayam bulanan yang perlu dipatuhi.
Ronald berkata sekiranya didapati berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan yang diberikan, kebenaran eksport ladang terlibat akan digantung.
Beliau berkata ladang-ladang pengeksport juga tidak dibenarkan menuntut subsidi untuk pengeluaran ayam bagi pasaran eksport kerana pemberian subisidi adalah khusus bagi memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam tempatan pada harga berpatutan untuk rakyat Malaysia.
Menurut Ronald, pada masa sama, larangan eksport untuk ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa dan kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan MAQIS.
"Keputusan bagi membenarkan semula eksport komoditi ayam sepenuhnya akan dibuat tertakluk kepada kedudukan bekalan ayam di pasaran tempatan dan pengeluaran di peringkat ladang.
"Larangan eksport komoditi ayam yang dibuat kerajaan pada 1 Jun lepas adalah bersifat sementara untuk menjamin ketersediaan bekalan ayam dalam pasaran tempatan," katanya.
Ronald berkata kerajaan komited memastikan kelangsungan pengeluaran ayam negara berada pada tahap optimum di samping mengekalkan segmen pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Eksport ayam: Kerajaan perlukan satu atau dua bulan lagi sebelum buat keputusan - PM
Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.

Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam - Nanta
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam.

Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.