KUALA LUMPUR: Sejumlah RM12.43 bilion dana telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah program Dana Pinjaman Mudah PKS setakat 10 Sept, 2021.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dana yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ini bakal memberi manfaat kepada 26,154 PKS.
"Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF)," katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-69 yang dikeluarkan hari ini.
Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, beliau berkata PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.
Beliau menambah PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME di pautan https://imsme.com.my/portal/bm/ yang boleh membantu dalam membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS.
Bagi Geran Pendigitalan PKS pula, Tengku Zafrul berkata setakat 10 Sept, 2021, sebanyak RM96.46 juta telah disalurkan kepada 34,761 PKS dalam bentuk geran padanan.
"Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyediakan geran padanan berjumlah 50 peratus sehingga RM5,000 bagi membantu PKS untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.
"Setiap PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)," katanya.
Geran tersebut dibekalkan oleh kerajaan untuk tempoh lima tahun bermula 17 Feb, 2020 atau apabila mencapai 100,000 permohonan, yang mana terdahulu, jelas beliau.
Sementara di bawah Skim Jaminan Prihatin DanaJamin (DPGS), Tengku Zafrul berkata sebanyak RM1.72 bilion dana bagi 52 buah syarikat telah diluluskan daripada 86 permohonan setakat 10 Sept, 2021
"Dana yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) menyediakan Kemudahan Skim Jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai modal kerja.
"Skim ini disasarkan kepada perniagaan yang berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat penularan pandemik COVID-19. Di bawah Bajet 2021, program ini turut dilanjutkan dengan syarat-syaratnya ditambah baik," katanya.
Setakat ini, sebanyak 11 bank telah melibatkan diri dalam skim ini iaitu Malayan Banking Bhd; CIMB Bank Bhd; OCBC Bank (Malaysia) Bhd; Alliance Bank Malaysia Bhd; AmBank (M) Bhd; Hong Leong Bank Bhd; United Overseas Bank (Malaysia) Bhd; Affin Bank Bhd/ Affin Hwang Investment Bank Bhd; RHB Bank Bhd; Bangkok Bank Bhd; dan MIDF Amanah Investment Bank Bhd
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Pasaran modal penting dalam peralihan dan penyesuaian iklim - SC
Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalam peralihan dan penyesuaian iklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu.
Belanjawan 2025: KUSKOP harap lebih banyak peruntukan untuk perkasa PKS
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap lebih banyak peruntukan dapat diberikan untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini menerusi Belanjawan 2025.
Aria Putera akhiri kontrak perkhidmatan, Muhammad Hardee pemangku Presiden, CEO SME Bank mulai 3 Sept
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.
Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).
Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor
Bank Negara berhasrat merombak dana khusus disediakannya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar dapat diselaraskan mengikut keperluan golongan itu.
SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.