KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen hari ini membangkitkan isu mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang pada hemat mereka perlu disegerakan.
Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berkata sudah tiba masa kerajaan melaksanakan MA63 serta menyelesaikan beberapa perkara berbangkit antaranya melibatkan royalti minyak dan bayaran tunai.
"Saya juga mencadangkan pihak Parlimen untuk menyediakan salinan MA63 kepada semua Ahli Parlimen yang boleh digunakan sebagai rujukan sekali gus menghayati kandungan perjanjian itu," katanya semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja hari ini.
Turut senada, Datuk Masir Kujat (PSB-Sri Aman) meminta kerajaan untuk melibatkan pemegang taruh dalam setiap perbincangan berhubung MA63.
Katanya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak perlu turut serta dalam semua jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan ke arah merealisasikan pelaksanaan perjanjian itu.
"Selain itu, pelaksanaan MA63 perlu disegerakan dan diberi keutamaan oleh kerajaan, jangan hanya retorik poilitik semata-mata," katanya.
Bagi Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar), isu MA63 di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik tidak menyatakan tempoh masa pelaksanaannya secara jelas.
Menurutnya ia berbeza dengan lima agenda lain yang tersenarai dalam MoU itu yang mempunyai sasaran pelaksanaan.
"Namun apabila menyentuh tentang Perjanjian Malaysia 1963, hanya dinyatakan tiga baris ayat sahaja seolah-olah hanya sekadar menyedapkan hati rakyat di negeri Sabah berhubung MA63," katanya.
Azis juga ingin tahu sama ada kerajaan akan mengekalkan pendirian untuk tidak mendedahkan Laporan Akhir Jawatankuasa Khas Kabinet kepada umum untuk menyemak pelaksanaan MA63.
Seramai 28 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan hari ini, antaranya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang menyentuh isu Transformasi Parlimen dan Pentadbiran, dan berpandangan isu jumlah peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang perlu sama.
Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak seharusnya didiskriminasi memandangkan semua peruntukan yang diterima Ahli Parlimen adalah untuk kebaikan rakyat di kawasan parlimen masing-masing.
"Peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan kalau Parlimen itu benar-benar bebas dan bukan lagi bawah Jabatan Perdana Menteri dan perlu mohon dana dari Kementerian Kewangan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Beberapa Ahli Parlimen hari ini membangkitkan isu mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang pada hemat mereka perlu disegerakan. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.
Peruntukan Khas Interim Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kenaikan peruntukan khas seperti yang terkandung dalam perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963(MA63)