SHAH ALAM: Kertas Putih yang mengandungi agenda bencana negara perlu disediakan untuk dibahaskan di Parlimen supaya pengurusan bencana di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik sekali gus mengelakkan kejadian berulang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, menerusi agenda berkenaan, kerajaan perlu sedia peruntukan lebih besar untuk menangani bencana yang boleh diramal.
Menurutnya, bencana termasuk banjir dan tanah runtuh yang berlaku sejak akhir-akhir ini berkait rapat dengan perubahan iklim yang memerlukan tindakan lebih proaktif sebelum berlakunya kejadian lebih buruk, bukan hanya menguruskan bencana semata-mata.
“Kertas Putih untuk bencana perlu ada kerana bencana seperti banjir, tanah runtuh bukan perkara baru.
"Peruntukan lebih besar perlu disediakan. Dalam Bajet 2022 bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air tidak mencukupi untuk sediakan lebih banyak peruntukan bagi rancangan tebatan banjir."
Beliau berkata demikian ketika Program Berani Semuka bertajuk Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia? anjuran Sinar Harian disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian, pada Isnin.
Program tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah sebagai pendebat.
Faiz menegaskan, kerajaan perlu ada tindakan lebih berani, komitmen dan agenda negara untuk menyelesaikan masalah alam sekitar dengan mewujudkan akta khas.
"Perubahan iklim yang dikatakan melibatkan negara ini juga perlu dilihat dengan serius di peringkat Persekutuan,” katanya.
Mengulas kesediaan negara berdepan bencana, beliau menyifatkan Malaysia masih belum bersedia berdepan bencana berdasarkan kegagalan kerajaan di peringkat Persekutuan menyelaraskan aset pengurusan bencana.
Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sepatutnya lebih berperanan membuat penyelarasan terhadap semua agensi-agensi utama pengurusan bencana termasuk soal bekerjasama dengan kerajaan negeri terlibat untuk menggerakkan bantuan dengan lebih cepat.
“Kesungguhan politik tidak ada. Menteri kata Malaysia tidak terkesan dengan perubahan iklim, sedangkan bencana yang berlaku seperti tanah runtuh di Cameron Highland, kepala air di Yan semua itu berkait dengan perubahan iklim.
“Jabatan Meteorologi sudah beri amaran taburan hujan yang tinggi. Mereka (kerajaan Persekutuan) tidak cakna termasuk dalam hal meningkatkan jumlah aset sehinggakan semua dibawa ke pantai timur untuk persediaan musim banjir di sana.
"Maknanya, aset (pengurusan bencana) tidak cukup. Aset tidak cukup menandakan Malaysia tidak bersedia (berdepan bencana),” katanya.
Menurutnya, Malaysia perlu menekankan agenda ke arah persediaan mengelakkan berlakunya bencana seperti banjir.
“Jangan mempertaruhkan nyawa rakyat dengan tidak berikan fokus peruntukan yang lebih untuk pengurusan bencana. Komunikasi antara kerajaan dan rakyat perlu dipertingkatkan daripada sudut amaran lebih besar impaknya.
“Tingkatkan amaran bencana. Amaran hujan ada, tapi ancaman banjir tidak ada. Ini menyukarkan penduduk untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 28 2021

Faiz Fadzil ketika Program Berani Semuka bertajuk 'Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia?' anjuran Sinar Harian pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.