JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini menetapkan 19 September depan untuk sebutan semula kes dihadapi seorang suami yang didakwa membunuh isteri dan bayi lelakinya, bulan lalu.
Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu masih belum mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan psikiatri terhadap tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki memaklumkan pihaknya memerlukan masa kira-kira sebulan lagi bagi memperoleh dokumen-dokumen berkaitan untuk meneruskan pendakwaan.
Pada prosiding hari ini, tertuduh yang berusia 24 tahun itu tidak dikemukakan ke mahkamah kerana masih dirujuk di Hospital Permai, Johor Bahru bagi rawatan psikiatri.
Bagaimanapun ketika prosiding, dia diwakili peguam Munirah Najihah Shaari.
Sementara itu, kelibat ahli keluarga tertuduh dan juga keluarga mangsa turut kelihatan di luar bilik mahkamah.
Pada 18 Julai lalu, Mohamad Amir Nazri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas dua pertuduhan membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, serta bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef yang baru berusia dua bulan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah keluarganya dekat Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu di sini, sekitar 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu,
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Muhammad Aiman Hakeem
Thu Aug 18 2022

Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak dikemukakan ke mahkamah kerana masih dirujuk di Hospital Permai, Johor Bahru bagi rawatan psikiatri.- Gambar fail/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.

Suami bunuh isteri, berang muat naik gambar bersama lelaki lain di Facebook
Insiden pembunuhan terhadap mangsa berlaku di hadapan mentuanya di rumah mereka.

Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.

Polis buru suami mangsa bunuh di Balik Pulau
Polis masih memburu seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai suami kepada wanita warga asing yang menjadi mangsa bunuh dalam kejadian di Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini pada Rabu malam.

Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Jun 2024.

Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.

Suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri dalam bilik hotel
Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, hari ini.

Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.