"Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini, saya hanya mendengar mengenainya, saya perlu baca berhubung perkara itu,"
"Anda (pihak media) boleh terangkan kepada saya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Hari ini, beberapa klip video yang didakwa membabitkan seorang Menteri Kabinet yang tular di sistem pesanan ringkas, WhatsApp.
Astro AWANI sedang mendapatkan komen dari ahli politik berkenaan.