Bapa salah seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di dalam bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad dan berjaya ditemui petang Isnin, Lt. Azri Bakar menyatakan tidak sabar menunggu hari esok untuk bertemu anaknya.
Bapa Azri, Bakar Hassan berkata, dia bersyukur kerana tidak ada perkara buruk menimpa anaknya selepas hilang selama lebih sehari di tengah laut.
"Saya diberitahu bot yang dinaiki Azri dan anggota lain akan tiba esok. Saya tidak sabar untuk menunggu esok sebenarnya.
"Saya bersyukur semuanya selamat. Alhamdulillah tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Isnin, Bakar melahirkan kebimbangan terhadap situasi yang menimpa anaknya selain menyifatkan pemergiannya ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bersama ahli keluarga yang lain dan menunggu perkembangan kejadian dengan lebih dekat.
Pada Selasa, Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata, CB204 akan tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, pada kira-kira 8 pagi Rabu.
Tambah Bakar, keluarganya turut bercadang untuk mengadakan majlis kesyukuran dalam masa terdekat.
"Saya akan adakan sedikit majlis kesyukuran kerana tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Susah mahu digambarkan perasaan syukur pada masa ini," ujarnya.
Selain Azri, enam lagi anak kapal bot itu ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau, Pulau Layang-layang, sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi hari yang sama.
Bot tempur itu dikesan kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-layang selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang Isnin.
Astro Awani
Tue Oct 07 2014

BAKAR: Saya tidak sabar tunggu esok - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hanyut 30 jam tidak luntur semangat untuk terus kawal perairan negara
Sebagai anggota TLDM, sudah menjadi kewajiban mereka untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan pada setiap masa, kata Lt Azri Bakar.

CB204: 'Kami berjaga sepanjang malam, tunggu komunikasi kapal lain' - Azri
"Kami cuba buat perhubungan kepada kapal-kapal. Tidak ada satu pun kapal sepanjang malam itu yang menyahut 'panggilan' kami...sepanjang malam itu juga hujan turun dengan lebat."

Lima kru bot tempur CB204 selamat tiba
Selepas lebih 72 jam berdepan ombak kuat dan cuaca buruk di tengah lautan termasuk hilang hampir 28 jam, lima kru bot tempur CB204 selamat tiba di Pangkalan TLDM tengah hari tadi.

CB204: Sambal goreng emak untuk Azri - Isteri
Isteri Azri Bakar menyifatkan kepulangan suaminya benar-benar mengubat kerinduan dan menghilangkan kerisauannya selama ini.

Bot tempur CB204 dijangka tiba di Kota Kinabalu tengah hari ini
Bot tempur CB204 dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada 1 tengah hari ini.

Bot tempur CB204 dijangka tiba di TLDM KK 11 pagi hingga 7 malam esok
Bot tempur CB204 dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu antara 11 pagi hingga 7 malam esok.

Saya tidak sabar tunggu esok - bapa Azri
Bapa salah seorang anggota TLDM di dalam bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad dan berjaya ditemui petang Isnin, Lt. Azri Bakar menyatakan tidak sabar menunggu hari esok untuk bertemu anaknya.

CB204: Panglima TLDM, pasukan SAR terima pujian di media sosial
Garis masa Twitter dipenuhi pujian kepada Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan anggota pasukan SAR yang berjaya dalam misi menyelamat bot tempur CB204 yang hilang sejak Ahad.

Bot tempur CB204 akan ditunda ke TLDM Kota Kinabalu jika cuaca mengizinkan
Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam akan ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan.

'Ya Allah, janganlah perkara buruk berlaku pada Azri' - Bapa
Bapa salah seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lt. Azri Bakar berdoa dan berharap tidak ada perkara buruk menimpa anaknya yang hilang sejak pagi Ahad di Sabah.