"Kami cuba buat perhubungan kepada kapal-kapal. Tidak ada satu pun kapal sepanjang malam itu yang menyahut 'panggilan' kami...sepanjang malam itu juga hujan turun dengan lebat."
Itu kata anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Azri Bakar yang hilang di dalam bot tempur CB204 bersama enam lagi anak kapal pada Ahad lepas.
Jelasnya, cuma ada dua kapal yang menggunakan siaran komunikasi sama namun tidak menyahut 'panggilan' mereka.
"Kami harap mungkin ada kapal cari kami...kami buat perhubungan dan berharap ada jawapan untuk kami beri kedudukan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wajah ceria anak kapal bot tempur CB204 ketika selamat tiba di Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu - Gambar Astro AWANI
Tambah Azri, mereka menghadapi masalah pam sehingga terpaksa mengeluarkan air secara manual selain kerosakan enjin serta gear stering yang menambah kesulitan mereka sepanjang malam tersebut.
Selain Azri, enam lagi anak kapal bot itu ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau, Pulau Layang-layang, sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi hari yang sama.
Bot tempur itu dikesan kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-layang selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang Isnin.
Kata Azri, bekalan makanan yang dibawa juga hanya untuk perjalanan 10 jam sahaja menjadi punca mereka sedikit lapar pada malam itu.
"Bot itu untuk penugasan satu hari sahaja saya dan saya sediakan makanan untuk perjalanan 10 sehingga 12 jam iaitu bermula pukul 5 pagi sehingga dijangka sampai pasa pukul 6.20 petang," katanya.
Wajah ceria Azri dan isterinya, Fazilah Makun ketika selamat tiba di Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu - Gambar Astro AWANI
Azri turut melahirkan rasa syukur kerana kejadian itu berakhir dengan selamat dan berterima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang mendoakan keselamatan mereka.
Selepas lebih 72 jam berdepan ombak kuat dan cuaca buruk di tengah lautan termasuk hilang hampir 28 jam, bot tempur CB204 selamat tiba di Pangkalan TLDM tepat jam 12.50 tengah hari Rabu.
Semua anggota tiba bersama bot tempur yang ditunda oleh Kapal Diraja (KD) Ganas sejak jam 4 pagi Selasa selepas ditemui keletihan berhampiran Terumbu Layang-Layang di perairan pantai barat Sabah pada jam 6.49 petang Isnin, kira-kira 90 batu nautika dari Kota Kinabalu.
Wan Syamsul Amly
Wed Oct 08 2014
AZRI: Kami berjaga sepanjang malam, tunggu komunikasi kapal lain - Gambar fail
Pelarasan Cuti: Impak positif kepada pelbagai sektor di Johor
Astro AWANI meninjau pandangan dalam kalangan warga Johor mengenai pelasaran cuti hujung minggu kepada Sabtu Ahad bermula 1 Januari 2025 ini.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
AWANI Ringkas: Masih ada lori 'tayar botak' berani beroperasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Nahas Jeju Air: Semua kecuali dua mangsa dianggap meninggal dunia
Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 96 kematian disahkan setakat ini.
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Nahas Jeju Air: 96 disahkan maut, dua berjaya diselamatkan
Difahamkan pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat di mana dua penumpang telah diselamatkan.
'Ini keadaan diri saya sekarang' - Azri beri sebab tak muncul selepas keluar penjara
Selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara pada Mei lalu, penyanyi kelahiran program sebuah program realiti mengakui kurang membuat kemunculannya di media sosial.
Celup tangan anak tiri dalam air panas, Azri AF9 dipenjara
Ahli keluarga Azri termasuk Salma dan anak- anaknya menangis tidak dapat menahan kesedihan mereka terhadap keputusan itu.
CB204: 'Kami berjaga sepanjang malam, tunggu komunikasi kapal lain' - Azri
"Kami cuba buat perhubungan kepada kapal-kapal. Tidak ada satu pun kapal sepanjang malam itu yang menyahut 'panggilan' kami...sepanjang malam itu juga hujan turun dengan lebat."