Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 31, berkata bukan kerana tidak mahu mengemas kini media sosialnya seperti di Instagram (IG) tetapi dia akui malu dengan perubahan dirinya.
Menerusi IG miliknya, suami kepada penyanyi Salima itu memuat naik foto terbarunya yang menunjukkan perubafan fizikalnya semakin berisi terutama di bahagian perut.
BACA: Celup tangan anak tiri dalam air panas, Azri dipenjara
BACA: Anak-anak tanya mana ayah mereka - Salma Mentor
“Jarang update pape aktiviti kat IG.. bukan tak nak update.. tapi malu dengan perubahan pada diri.
“Ye laa.. semenjak berkahwin dan ada tanggungjawab pada anak2 dan isteri. masa untuk diri sendiri jarang dapat.
“Maka hari ini.. saya akan update perubahan pada diri.. ini keadaan diri saya sekrang..” tulisnya.
Terdahulu, Azri didapati bersalah atas tuduhan mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke wad selama 19 hari. Dia dipenjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM5,000.
Azri berkahwin dengan penyanyi Salima pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.