KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kanan jabatan sebuah bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau hanya mengetahui akaun persendirian dengan kod nama AmPrivate Banking-MR adalah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula.
Bekas Pengurus Kanan di Jabatan Jualan Pertukaran Mata Wang Asing Ambank Rosliza Ishak, 48, berkata sewaktu beliau mengambil alih portfolio pelanggan 'AM Private Banking Division' daripada pegawai atasannya, beliau tidak diberitahu mengenai butiran pemilik akaun.
"Saya tahu ada pelanggan daripada 'AM Private Banking Division' yang lebih suka sekiranya identiti mereka tidak didedahkan, walaupun kepada pegawai bank itu sendiri.
"Mereka (pegawai atasannya) juga tidak menyebut akaun tersebut adalah milik Datuk Seri Najib. Saya hanya diberitahu kod nama dan tiada maklumat lain didedahkan," katanya ketika disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Terdahulu, Rosliza ketika membacakan pernyataan saksinya berkata beliau telah menukar mata wang pound sterling GBP8.7 juta (RM45,837,485.70) dalam enam transaksi, antara 23 Jun dan 19 Dis 2014 selepas menerima arahan daripada bekas Pengurus Perhubungan Pelanggan Ambank Joanna Yu.
"Yu akan memberikan arahan kepada jabatan saya selepas pelanggan bersetuju dengan kadar tukaran wang asing yang diberikan. Jabatan saya kemudiannya akan membuat pertukaran (wang asing) mengikut arahan yang diberikan oleh Yu, selepas pelanggan mengesahkan pertukaran tersebut," kata saksi pendakwaan ke-25 itu.
Bagaimanapun, Rosliza berkata Yu tidak menyebut secara spesifik identiti pelanggan bagi akaun yang dikendalikannya, kerana kesemua transaksi hanya menggunakan kod nama.
Yu merupakan saksi penting dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
1MDB hanya bayar AS$2.2 bilion kepada Aabar - Penyiasat
Richard Templeman mendedahkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya membayar AS$2.2 bilion kepada Aabar Investments PJS Ltd.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.