KUALA LUMPUR:Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang menuduh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 42 plot tanah dalam tempoh lapan bulan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.
Annuar menegaskan, sehingga saat ini, beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada DBKL untuk menjual aset milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
"Saya ingin tegaskan sehingga saat ini dan hari ini saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual asetnya.
"Saya kecewa dan merasa sangat dukacita dengan dakwaan seorang Ahli Parlimen yang sudah begitu lama berperanan sebagai wakil rakyat yang bertindak menyerang wakil rakyat lain, sedangkan beliau ada peluang untuk berucap dalam sidang Dewan Rakyat.
"Oleh kerana beliau memilih untuk berucap di luar Parlimen dan tindakan di luar Parlimen juga tertakluk kepada undang-undang tertentu.
"Jadi saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang mengikut jalur dan proses sedia ada," katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini pada Khamis.
Semalam, Kok Wai mendakwa, sebanyak 42 plot tanah DBKL telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar menerajui kementerian itu.
Sementara itu, DBKL dalam kenyataan turut memaklumkan, mengikut semakan, terdapat 42 plot tanah di Kuala Lumpur milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).
Sehubungan itu, tegas DBKL, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.
"Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982, (Akta 267), memberi peruntukan kepada pemilik tanah bagi merubah zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot dalam Pelan Tempatan (PBRKL2020) yang diwartakan.
"Peruntukan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 17, Akta 267. Daripada 42 plot yang terlibat, 3 permohonan perubahan telah diwartakan, 6 dalam proses pewartaan manakala 33 plot masih dalam pertimbangan.
"Semua proses ini telah mengikut peruntukan yang termaktub dalam akta sedia ada," jelas DBKL.
Dalam pada itu, DBKL memaklumkan isu berkaitan 97 transaksi penjualan tanah, secara keseluruhannya transaksi pelupusan tanah yang berlaku adalah sebelum tahun 2020 dan tidak melibatkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan ketika ini.
Fauzi Suhaimi
Thu Nov 19 2020

Annuar berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL. - Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

"Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza?" Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee
Menerusi segmen khas 'battle', Tan Sri Annuar Musa dan pengacara, Nabil Ahmad dikehendaki meneka tajuk lagu daripada hasil karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Zul Ariffin hadir ke SKMM
Pelakon Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama.

Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.

PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar
Kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.

Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik.

PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.

Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.

PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar
Semua pihak harus mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam landskap politik tanah air.