PELAKON Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di  Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan satu perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama, baru-baru ini. 

Pelakon berusia 36 tahun itu memaklumkan perkara berkenaan selepas dipercayai selesai berurusan di Suruhanjaya berkenaan pada Selasa. 

"Hari ini, Saya sudah memberi kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk 'Perempuan Itu'," tulisnya ringkas.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memanggil pelakon lelaki terbabit dan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting‘ YouTube yang menyalahi undang undang,” katanya menerusi Twitter beliau, pada Selasa.

BACA: Adegan 'panas': Zul Ariffin mohon maaf

BACA: Menteri Agama tegur klip 'adegan panas' Zul Ariffin

BACA: Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'


Zul Ariffin

Adegan 'Panas' | Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa

Nama Zul menjadi panas selepas babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama televisyen berjudul Perempuan Itu, arahan Ain Sharif, baru-baru ini tular.

Hal itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, video yang bertujuan untuk promosi drama itu telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.