Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mentadbir negara dengan sebaik dan seadil mungkin agar Malaysia di bawah pimpinan beliau mencapai tahap kemajuan kejayaan yang diimpikan seperti mana tuntutan Islam.
Beliau berkata sebagai pemimpin yang dipilih rakyat pula, kerajaan di bawah pimpinan beliau akan menjalankan amanah yang diberi dan lebih daripada itu, menunaikan tanggungjawab terhadap Allah sebagai pemimpin.
"Kalau nak maju pada tahun 2020 pula, kita perlu rakyat dan umat Islam yang unggul, cemerlang dan hebat. Negara tidak akan menjadi maju hanya dari segi fizikal saja dengan hanya memiliki bangunan, jalan raya dan kemudahan asas tanpa mempunyai rakyat yang mempunyai kekuatan sepertimana dituntut Islam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong, dan seterusnya merasmikan masjid bernilai RM3 juta itu, hari ini.
Terdahulu Najib bersama kira-kira 1,000 orang jemaah hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk 'Etika dan Integriti Asas Jati Diri Pekerja' yang disampaikan Penolong Imam Besar Negeri Sarawak Mohammad Ihsan Haidzir.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mengulas lanjut, Najib berharap khutbah Jumaat yang disampaikan khatib dijadikan panduan bagaimana untuk menjadi umat Islam yang unggul, cemerlang dan hebat.
"Sebahagian daripada gambaran tersebut telah pun dilakar oleh khatib dalam khutbah tadi. Umat Islam yang menjadi khalifah di muka bumi, baik dari segi akhlaknya kuat dari segi imannya, jalankan kerja-kerja seharian dengan penuh etika dan intregriti," katanya.
Najib berkata ajaran Islam luas dan terbuka serta sesuai pada setiap zaman dan segalanya mestilah berpaksikan kepada pengukuhan perpaduan.
"Ini penting kepada umat Islam kerana tanpa kekuatan yang berteraskan kepada penyatuan dan perpaduan umat Islam kita akan hilang segala-galanya.
"Jadi mari kita sama-sama sebagai umat Islam membina tamadun yang berjaya dan tamadun yang berjaya terpancar daripada umat Islam yang memiliki jati diri, dan cinta kepada ilmu," katanya.
Bernama
Fri May 01 2015
NAJIB: Kalau nak maju pada tahun 2020, kita perlu rakyat dan umat Islam yang unggul, cemerlang dan hebat. - Foto Bernama
Tiada perincian, kerangka jelas - Radzi Jidin
Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan pada Jumaat itu.
Belanjawan yang angkat martabat dan junjung hak rakyat
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan sentuh semua rakyat, rapat jurang Sabah dan Sarawak
Timbalan Perdana Menteri I itu berkata, belanjawan kali ini juga tidak meminggirkan masyarakat desa malah merapatkan jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Platform menyeluruh bagi negara hadapi cabaran tahun depan
Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu
Najib menegaskan beliau percaya apa yang diterima dalam akaunnya itu adalah wang derma.
'AS$120 juta yang dikredit ke akaun saya bukan daripada pendapatan peribadi' - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank beliau melalui tiga transaksi bukanlah pendapatan peribadinya.
Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.