KUALA LUMPUR: Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bergerak ke arah sasaran Fasa 1 untuk mencapai 7.2 juta premis yang dilengkapi kebersambungan fiber dan liputan 4G sebanyak 95.82 peratus setakat 30 Jun,2022.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, dari segi kelajuan, ia telah mencatat purata 47.04 megabit per saat (Mbps), manakala medium pada 29.89 Mbps.
"Kami bekerjasama rapat dengan industri telekomunikasi (telco) dan pihak berkepentingan di peringkat negeri dan mendapat kerjasama yang tinggi dari segi menguruskan dasar dan birokrasi," katanya pada sesi taklimat media dan penganalisis mengenai Laporan JENDELA bagi suku kedua 2022 (April-Jun) secara maya hari ini.
Sasaran JENDELA Fasa 1 adalah untuk mencapai sebanyak 7.5 juta premis dengan sambungan fiber pada kelajuan 35 Mbps dan 96.9 peratus liputan menjelang akhir tahun.
Ia mempunyai 4.96 juta premis yang diluluskan dengan sambungan fiber serta liputan 25 Mbps (purata) dan 4G sebanyak 91.8 peratus ketika inisiatif itu dimulakan pada Ogos 2020.
Mohd Ali Hanafiah berkata, pada awalnya, peruntukan kos untuk Fasa 1 berjumlah RM20 bilion, namun, meningkat kepada RM28 bilion pada tahun pertama pelaksanaan pada 2021 yang dibiayai inisiatif kewangan swasta (PFI) sebanyak 60 peratus, manakala selebihnya oleh kerajaan melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
"Pada masa ini, kerja yang masih belum selesai bagi Fasa 1 adalah pembinaan 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia untuk meluaskan liputan mudah alih 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman. Tinjauan tapak telah dilakukan di kebanyakan tapak dan (kami) di peringkat untuk mendapatkan kelulusan daripada entiti negeri dan majlis tempatan.
"Satu lagi kerja yang belum selesai adalah melengkapkan sambungan gentian optik kepada 929,631 premis tambahan. Setakat ini, kita mempunyai 304,676 premis yang masih belum selesai (624,955 premis telah selesai)," katanya merujuk kepada pelan tindakan JENDELA Fasa 2020-2022.
Menurutnya bagi tempoh April hingga Jun 2022, penyedia perkhidmatan berjaya menyiapkan pembinaan 57 menara baharu 4G, melepasi sasarannya iaitu 52, pencapaian sebanyak 109.6 peratus.
Ia juga telah selesai menaik taraf 1,710 stesen pangkal berbanding sasarannya sebanyak 1,607 pada suku kedua 2022.
Bagaimanapun, 167,758 premis (atau 96.7 peratus) telah dilengkapi dengan sambungan fiber berbanding sasaran 173,508 pada suku kedua 2022.
Sementara itu, beliau berkata MCMC telah menerima 40,863 aduan mengenai rangkaian melalui portal MCMC ADUAN di antara 1 Jan,2022 dengan 30 Jun,2022, penurunan 66 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
Ini berikutan jalur spektrum yang telah 'diagihkan semula" untuk menyediakan 4G selepas perkhidmatan 3G ditamatkan sepenuhnya, selain lebih banyak tapak 4G baharu sedang disiapkan dan dinaik taraf, terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Mengenai keperluan 5G negara berbanding sambungan 4G yang stabil, Mohd Ali Hanafiah berkata ia (5G) akan memanfaatkan industri berteknologi tinggi seperti perubatan serta minyak dan gas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Mohd Ali Hanafiah berkata, dari segi kelajuan, ia telah mencatat purata 47.04 megabit per saat (Mbps), manakala medium pada 29.89 Mbps. - Gambar/ Bernama
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.