Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.
"Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa (7 Jan)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan.
-- BERNAMA