KUALA KANGSAR: Sebuah lori membawa muatan tin sardin terbalik di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, dekat sini, pada petang Rabu, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih tiga kilometer.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan lori berkenaan merintangi laluan dengan muatan yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya.
Menurutnya, laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar sementara kerja-kerja pengalihan dilakukan.
“Pihak kami sedang membantu untuk penyuraikan dan mengarahkan kenderaan untuk mengikut jalan lama dari tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput, untuk ke Ipoh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut beliau, polis telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu kawalan aliran trafik untuk mengelak kesesakan lebih teruk.
Sementara itu, Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, trafik masih bergerak perlahan dan pengguna diminta mematuhi papan tanda.
Dalam pada itu, dalam satu video berdurasi 43 saat yang dikongsi di media sosial menunjukkan ribuan tin dan isi sardin bertaburan atas jalan.
Laluan lebuh raya juga bertukar warna kemerahan apabila sebahagian besar tin sardin kemek dan pecah dilanggar kenderaan yang lalu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pula berkata, mereka turut menerima maklumat mengenai kemalangan itu tetapi tiada operasi menyelamat dijalankan kerana tidak melibatkan mangsa.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 03 2022

Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar sementara kerja-kerja pengalihan dilakukan. - Foto: Media sosial

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sardin banjiri lebuh raya: Lori terbalik, trafik sesak lebih 3km di PLUS arah selatan
Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar.