KUCHING:Perkataan Sarawakian tidak boleh dimasukkan ke dalam Perlembagaan Sarawak kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Itu penjelasan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkenaan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Artikel 16 Perlembagaan Sarawak bagi kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.
“Kita tidak boleh memasukkan perkataan Sarawakian kerana itu akan melanggar Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
"Pada masa anda meletakkan Sarawakian, itu bermaksud ia akan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang media di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.
Jelas Abdul Karim lagi di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya perkataan penduduk (resident) digunakan dan bukannya Sarawakian. Justeru, atas semangat Persekutuan, Sarawak turut menggunakan perkataan penduduk.
Tambah Abdul Karim lagi, pihaknya telah membincangkan dengan teliti dan melihatnya dari semua sudut sebelum membentangkan RUU tersebut.
Terdahulu dalam sesi perbahasan, ADUN pembangkang Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mempersoalkan mengapa perkataan Sarawakian tidak digunakan sebagai definisi 'penduduk negeri'.
“Mengapa kita tidak menjelaskan dalam pindaan kita pada artikel ini bahawa kita menggunakan perkataan Sarawakian dan bukannya menggunakan tempat kelahiran sebagai rujukan untuk menentukan kelayakan seseorang untuk dipilih ke DUN ini?” soalnya.
RUU berkenaan telah diluluskan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar setelah lebih dua pertiga ADUN menyokong selepas bacaan kali ketiga.
Baca: Pindaan RUU Artikel 16 Perlembagaan Sarawak diluluskan
Fadilah Sulaiman
Thu Nov 12 2020
Jelas Abdul Karim dalam Perlembagaan Persekutuan hanya perkataan penduduk (resident) digunakan dan bukannya Sarawakian. - Foto: Astro AWANI
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC - Abang Johari
Ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.
HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.
Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan 'sakit' di Sarawak
Hanya ada dua projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sarawak ada kemampuan, mahu jadi 'ASEAN Powerhouse' untuk tenaga bersih - Abang Johari
Sarawak mahu peningkatan tenaga pakar yang terdiri daripada anak-anak Sarawak dalam bidang berkaitan tenaga elektrik, dan juga kecerdasan buatan (AI).
Nusantara: PDRM tambah perjawatan JSJN di 13 daerah Sarawak
Langkah menambah perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak dilakukan bagi memperkukuh keselamatan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur.
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri