KUCHING:Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungkin akan bekerjasama untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang akan datang.
Perkara itu dinyatakan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Bekas Menteri Kewangan II Sarawak itu tidak menafikan kemungkinan dua parti pembangkang itu untuk menyokong satu sama lain dalam pilihan raya yang mungkin diadakan dalam bila-bila masa.
“Seperti apa yang kami lakukan sekarang, kami bekerjasama dengan orang-orang yang yang berkongsi pemikiran yang serupa dari sudut visi dan misi”, tambahnya.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perdebatan di dalam DUN hari ini memperlihatkan kesatuan dan persefahaman antara dua parti berkenaan.
“Hari ini adalah testimoni bagaimana kami bekerjasama untuk kepentingan Sarawak dan rakyat Sarawak”
Namun ujar Chong, mereka akan mengutamakan isu kepentingan rakyat dalam Persidangan Dewan kali ini berbanding PRN.
Terdahulu kedua-dua parti itu sepakat menyuarakan bantahan dalam pembentangan untuk menggubal Artikel 16 Perlembagaan Sarawak, bagi mentakrifkan dan menjelaskan definisi resident in the state oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Bantahan itu telah mendorong penggubalan artikel itu ditangguhkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada tarikh dan sidang DUN yang akan ditentukan kemudian.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Nov 10 2020

Datuk Seri Wong Soon Koh (tengah) dalam sidang media bersama PSB dan DAP tidak menafikan kemungkinan dua parti pembangkang itu menyokong satu sama lain dalam pilihan raya akan datang. - Foto: Astro AWANI.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Ia ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.

Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.

PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.

PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.

PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak.

Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah
Seiring itu pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan turut diteruskan.