KUALA LUMPUR: Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu, ditahan di sekitar Wangsa Maju kira-kira empat jam selepas kejadian samun itu.
Beliau berkata pihaknya masih memburu dua lagi baki suspek disyaki terlibat kes berkenaan yang masih bebas.
"Dalam kes ini, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan hasil semakan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Semalam tular di media sosial, tiga suspek bersenjatakan parang telah menyamun sebuah klinik pergigian dan kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021

Ashari berkata, polis masih memburu dua lagi baki suspek disyaki terlibat kes berkenaan yang masih bebas. - Gambar/ Media sosial

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Baru Putra, Bangi, dekat sini, pada Isnin lepas.

Samun klinik gigi, 2 lelaki ditahan, 2 lagi diburu - Polis
Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.