Terdesak mahu memenuhi syarat menjadi ahli sebuah kongsi gelap, empat pemuda bertindak nekad menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bercham, Ipoh pada Selasa lalu.
Ketua Polis Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, tindakan empat lelaki berumur 16 sehingga 26 tahun itu bagaimanapun membawa padah apabila diberkas kurang 14 jam selepas menyamun.
Menurut beliau, dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, dua daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang telah memasuki kedai berkenaan dan mengambil wang tunai serta beberapa kotak rokok yang kesemuanya bernilai RM446.
“Namun, pada jam 4.30 petang hari yang sama, kesemua lelaki terbabit ditahan di dua lokasi berasingan di Bercham.
“Pasukan polis diketuai Inspektor Nizam telah buat serbuan di satu alamat di Bercham juga dan kita dapat tangkap empat orang, empat lelaki berumur antara 16 sehingga 20 tahun kesemuanya dari Ipoh juga kesemua mereka tidak ada rekod jenayah.
“Kita turut merampas sebuah kereta proton Iswara, dua telefon bimbit, lapan kotak kotak dan tujuh bilah parang. Mereka telah direman dan reman akan tamat pada Sabtu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Tambahnya, keempat-empat lelaki terbabit melakukan jenayah itu bagi membolehkan mereka menyertai satu kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai 'Geng Kok Wai'.
Astro Awani
Thu Feb 16 2017


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Samun kerana mahu jadi ahli kongsi gelap
Terdesak mahu memenuhi syarat menjadi ahli sebuah kongsi gelap, empat pemuda bertindak nekad menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bercham, Ipoh pada Selasa lalu.

Lelaki ditangkap selepas cuba lari sekatan JPJ
Tindakan seorang lelaki cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini malam tadi, sia-sia apabila ditahan selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalanga

Anggota polis cedera dipukul lapan lelaki
Mangsa yang sedang bertugas telah mengekori kesemua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal masuk ke tapak pembinaan berkenaan.

Pemandu bas persiaran rempuh 10 kenderaan di PLUS bebas dengan jaminan polis
ACP Sum Chang Keong berkata pemandu berkenaan yang berumur 51 tahun belum boleh didakwa kerana polis belum menerima laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.